Kenapa aku menyampah belajar memandu
Bismillah...
Hari ini
aku nak coret pengalaman pertama aku memandu kereta. Aku tahu aku dah cukup tua
untuk belajar memandu kerana sepatutnya dalam usia begini aku layak membuat
lesen lori sebaliknya aku baru nak buat lesen kereta.
Kenapa aku tak buat awal-awal? Sebab aku fobia.Titik.
aku fobia sebab hari-hari baca fasal kemalangan,lagipun kawan aku mati accident
depan mata kepala aku sendiri. Aku tahu kemalangan bukan berpunca dari memandu.
Jadi aku cuba nak atasi fobia tu. Tapi lagi fobia bila aku dapat cikgu memandu yang
panas baran,jenis tak sabar dan tak memahami. Aku mengambil masa yang agak lama
untuk meluah rasa ini di blog kerana aku takut diboikot persatuan cikgu-cikgu
memandu sedunia. Tapi aku tak peduli. Aku nak enjoy belajar bukan merana ke
diri macam ni. Dapat lesen tu jatuh nombor dua,yang penting aku yakin dan
pandai bawak kereta. Apa gunanya aku dapat lesen cepat tapi tak yakin nak
bawak. Tak bergerak ke mana gak kereta tu. Tapi aku asyik ditekan untuk
cepat-cepat dapat lesen sampai aku tertekan.
Hari pertama
belajar cikgu memandu tu suruh buat parking,benda paling susah bagi pelajar
yang baru nak pegang stereng macam aku. Bukannya nak ajar kenal-kenal gear
ke,macam mana nak tukar gear. Aku tahu fasal gear ni pun daripada orang lain. Disebabkan
lesen L aku mati, jadi dia suruh aku pandu dalam litar dulu dengan gear 1. Aku berjaya
buat kereta bergerak tapi siput babi lagi lajulah. Kalau lesen aku tak mati,
hari pertama tu gak dia suruh aku pandu atas jalan raya. Aku rasa nak kebumi je
lesen aku yang dah mati tu,tak payah belajar terus.Dia nak cepat habis jadi dia
ajar semua sekaligus dan laju gila sampai aku tak boleh terima dalam masa satu
hari. Bila aku tanya sebab tak tahu,dia marah-marah pulak. Aku bukan bayar dia
untuk marah aku tapi aku diam. Buat muka sedih. Tapi balik rumah aku tweet
kaw-kaw lah. Tak boleh bersabar sikit ke,cakap baik-baik ke sampai aku trauma
nak tanya, dan melenyapkan keyakinan aku nak bawak kereta. Dia asyik marah aku
dari aku start enjin sampai enjin kereta tu mati. Itu cerita hari pertama.
Hari kedua. Ini hari dia suruh aku pandu
kereta atas jalan raya yang sibuk. Aku agak risau sebab pandu atas litar pun
aku terketar-ketar lagi inikan pulak atas jalan raya yang sibuk dengan
macam-macam jenis kenderaan seperti motor,kereta,lori dan bulldozer pun ada. Apa
bulldozer buat atas jalan raya aku pun tak tahu.Lagipun jalan raya tu di
pinggir bandar dan ada roundabout. Masa tu aku rasa cikgu memandu tu dah puas
hidup agaknya sebab suruh aku yang baru 1 jam belajar kereta bawak atas jalan
raya itu. Bayangan ngeri mula main wayang di fikiran aku. Cikgu tu tak apalah
sebab dah lama hidup,aku ni baru nak belajar hidup. Aku nak sijil memandu,bukan
sijil kematian. Aku pun pandulah kereta tu atas jalan raya dengan lafaz
bismillah dan cuba bertenang. Cikgu tu macam biasa,membebel tak berhenti. Daripada
dia asyik membebel,baik dia bawak-bawak mengucap sebab ini kali pertama aku
memandu kereta atas jalan raya. Elok-elok aku bawak kereta,dia duk ungkit-ungkit
lagi kesalahan aku yang lepas. Semacam perlekehkan aku dan membandingkan aku
dengan student dia yang terer bawak kereta. Buat aku rasa down,aku ni bodoh
sangat ke dan jadi tak yakin langsung bawak kereta.
Hari ketiga. Semakin teruk. Lagi sekali aku
kena leter kerana aku bawak kereta tunggang langgang. Cikgu tu malu naik kereta
dengan aku,malu dengan cara aku bawak kereta,malu besar,besar punya. Aku tak
reti sangat kawal stereng jadi kereta yang kami naik ni terhuyung-hayang dan zigzag
atas jalan raya. Kereta belakang takut nak potong jadi ikut je belakang kereta
aku. Semakin lama,semakin banyak pula kereta dan akhirnya 1 jalan jem,kereta
aku punya fasal. Lagipun kereta aku mengaum garang atas jalan raya sampai 1
kampung tengok. Kereta Viva je tapi bunyi macam kereta lumba. Masa atas jalan
raya ni lah baru cikgu tu duk sibuk suruh aku main gear sehingga mata aku
tengok gear je bukan tengok depan. Aku tarik gear dengan kuatnya sampai cikgu
tu kata “Awak ni bukan tengah memandu tapi tengah merosakkan kereta pot pet pot
pet..”
Kesudahannya kami kembali semula ke litar. Cikgu
tu dah malas nak mengajar aku sebab lambat sangat faham jadi dia biar je aku
pandu kereta tu, ikutlah nak langgar tiang ka,terbabas ka janji cukup sejam
kelas tamat. Cikgu tu suruh aku praktis kat rumah sebab harapan aku untuk lulus
test jpj semakin layu mcam lagu hyper act tu tapi aku mana ada kereta manual
kat rumah. Semua auto. Dahsyatnya aku memandu kereta sampai cikgu tu suruh aku
balik bermuhasabah diri. Aku pulang dengan sedihnya,rasa putus asa pun ada. Cikgu
tu bukan bagi kata-kata yang membina semangat,meruntuhkan semangat adalah. Dia cuma
mampu mengajar tapi tak mampu mendidik aku jadi pemandu yang berguna kepada
bangsa dan negara.
Bukan salah dia 100% pun sebab dia manusia
biasa gak. Silap aku gak sebab blur sangat sampai lain yang disuruh,lain yang
aku buat. Aku tengah berkira-kira nak tukar cikgu tapi bila aku survey,aku rasa
semua cikgu kat sekolah memandu tu sama saja. Semua ganas-ganas. Apakan daya,kita
hanya mampu merancang. Jadi setiap hari aku kena pergi kelas memandu tu selagi
sekolah memandu tu tak tutup dengan hati yang sebal. Entahlah,kalau semua orang
tahu memandu kereta secara semula jadi,macam mana sekolah memandu tu nak cari
makan. Semua perlukan masa. Aku tahu bukan semua salah cikgu tapi aku punya fasal
lah nak lepas geram macam mana. Sebab geram sangat aku sepak tayar kereta yang
tak bersalah tanda protes. Sakit.
Mungkin niat dia baik,saiko2 nak suruh aku
cepat pandai tapi terus terang, cara dia mengajar memang aku tak boleh terima. Lagipun
niat tak menghalalkan cara. Kalau dia reti sangat mengajar, satu jam pertama belajar
aku dah reti bawak kereta.
Oh ya,ayah aku pulak asyik duk
perli-perli aku sebab culas belajar memandu. Ayah aku kata aku bertuah sebab
sejak baby lagi aku sudah naik kereta,sekarang dah dua dekad naik kereta. Sudah
biasa naik kereta jadi tak ada alasan kenapa tak nak memandu kereta pula. Ayah aku
dulu sejak belajar dan bekerja di KL baru kenal rupa kereta tu macam mana kerana orang
kampung ayah aku tiada sorang pun yang ada kereta masa dulu-dulu. Aku terdiam. Panas
hati. Tapi aku kena gak berfikiran terbuka.
hahaha senasib lah kita haa...
ReplyDeletesekarang amacam, dah dapat license tak?
Saat saya baca coretan ni, saya baru habis belajar buat kali terakhir sebelum test jpj esok. Dah 6 bulan lebih dok saja, sbb saya sambung degree dkt U. Sepatutnya dh lama test jpj manual punya, cuma masa nak test tu saya dh masuk U. Jadi x berkesempatan. Sepatutnya jugak saya test sekali dengan sorang kawan ni n jiran di sekali. Apakan daya mereka dh ada lesen dari awal lagi.entah lah kalau ada yang terbaca atau tak. Setelah 6 bulan di U n skrg cuti sem. Harini masuk litar, jalan raya memang rasa teruk tu hanya Allah yang tau. Saya ni pulak sejenis yang memendam. Diam je kalau orang marah ke apa. Tapi bila dah tak boleh pendam, lama² tu meluah jugak perasaan ni. Saya memang tak berkemahiran bawak kereta manual ni. Slow sikit lah bab² ni. Mungkin kelebihan saya dekat arah lain ,bukan benda yg mcm ni. Rasa perit sgt belajar lagi² cikgu perempuan yg saya dpt tu memang tak tau la nk ckp apa. Saya tahu saya banyak buat silap, dah ajar pon masih buat silap. Kejap okay kejap tak. Tapi bila dia marah tu lagi lah saya jadi blur kosong hilang segala²nya. Rasa mcm ya allah bila nak habis. Dlm diri ni dah tahan sebak. Memang apapon saya takkan nangis depan orang. Simpan je air mata tu. Memang la dia marh tu sebab saya buat silap. Kalau tak, takdenya nak marah. Tapi sejujurnya kata² yang dia keluarkam tu membuatkan saya kecewa sangat. Rasa teruk yang teramat. Saya sedar diri saya sape. Kalau pikirkan balik dulu tiap² hari saya alami benda tu. Mcm² lagi nk bagitau. Tapi mungkin panjang sangat agaknya. Harap² esok test okay je. Takde benda teruk yg jadi. Rasa mcm x nak dah datang sini apa bila ingay balik peristiwa saya kena marah dan sebagainya 😔
Deletehahaha senasib lah kita haa...
ReplyDeletesekarang amacam, dah dapat license tak?
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteNie aku nk kongsi skit pengalaman aku.
ReplyDeleteLesen aku dkt 6 tahun..dan tidak pernah aku drive..takut punye pasal..
Jadi tahun nie br brani nie nk tp tak cekap sgt..smpi dua perkara berlaku kt aku. Satu tersalah isi mintak..aku terisi minyak diesel..berasap kereta..
Lg satu terlanggar divided kt station minyak smpi tayar meletup..apa lah nasib aku..
Senasib la kita..sampai 3 kali tukar cikgu atas alasan semua cikgu tak sanggup dah nk mengajar sebab slow learner..family pulak asyik menekan..jadi stress kita..kalau semua orang lahir2 dah pndai drive,takdela org g sekolah memandu kan..huhu..rasa nk g tukar amek lesen kereta auto je lepas ni..tak payah pening2 tukar gear bagai..huhu..
ReplyDeletesaya pun tengah alami nya... baru 4jam blajar dh stress.. kat jalan raya saya okey, bila brhnti kt trafik lite merah, nak jln mesti enjin mati, so ckgu xnak ajar lg parking n bukit... awak jadi ke tukar auto? berapa caj? huhu....
Deletesaya pun tengah alami nya... baru 4jam blajar dh stress.. kat jalan raya saya okey, bila brhnti kt trafik lite merah, nak jln mesti enjin mati, so ckgu xnak ajar lg parking n bukit... awak jadi ke tukar auto? berapa caj? huhu....
DeleteSenasib la kita..sampai 3 kali tukar cikgu atas alasan semua cikgu tak sanggup dah nk mengajar sebab slow learner..family pulak asyik menekan..jadi stress kita..kalau semua orang lahir2 dah pndai drive,takdela org g sekolah memandu kan..huhu..rasa nk g tukar amek lesen kereta auto je lepas ni..tak payah pening2 tukar gear bagai..huhu..
ReplyDeletesenasib jgak..serius stress giler...cikgu garang...mak ayah asyik bebel bende yg sama
ReplyDeleteSabar...sabar.. n sabar jela.. ni la org panggil pengalaman mghadapi tekanan mental n fizikal.. pengalaman belajar memandu.. hehe.. -Isntructor
ReplyDeleteSorry typo.. instructor ��
ReplyDeleteAwak telah menyuarakan hati saya jugaa wuhuuu kita senasib ToT
ReplyDeleteAwak telah menyuarakan hati saya jugaa wuhuuu kita senasib ToT
ReplyDeletesaya belajar dgn pkcik ramli..sgt pyabar..utk org ipoh..ni tiponnya 0195133716..sy bernasib baik sekali je ambik dgn jpj..alhamdulilah berkat pkcik ramli yg sabar baik byk dan tip..
ReplyDeletepakcik ramli duk jelapang tu ke,,,, kalau pakcik tu dulu dia pernah bekerja dengan abah saya,,, memang dia banyak bersabar... memang A
Deleteada number seberang jaya tak yang boleh ajar part time manual..sebab nasib saya sama..pergi positive balik jadi macam negative dan saya nak kena positive kan balik diri saya sebab saya nurse nak rawat orang kot..
Deletehi owner dah boleh bawak kereta ke? pls share mcm mne nak atasi takut ni
ReplyDeleteShare tips nak atasi takut boleh? Kereta dah ada tp still takut nak bawak.. Huhu
ReplyDeleteSama saya,lesen dah ada 11 tahun.hajat mmg nak drive.beri tip hilang takur dan nak berani drive
DeleteSerius rasa putus asa and down teruk weh bila kena marah pastu mengata kita macam2 .
ReplyDeleteSaya rase saya pon berada dalam situation yang sama. Tapi saya ni walaupon dh blaja memandu 5 jam setengah dalam litar Dan Bru 4 jam di atas jalan Raya, Saya tetap terkial kial memandu kereta walaupon Saya blaja memandu kereta auto. Dan Seorg cikgu je yang ajar Saya memandu. Semasa Kali pertama Saya belajar memandu di jalan Raya, cikgu tu cakap Kat Saya "setiap Kali Saya tengok awak je Saya pening". Ya Allah, Saya agak terasa sebenarnya. Dan sekarang ni Saya masih belajar memandu. Memang kena hadap bebelan dia la. Saya dh cube yang terbaik ketika belajar memandu tpi masih buat byk silap. Lame2 Saya tengok pengajar Saya tu cam dh give up nk ajar Saya. Yela, selalunya org kata pandu kereta auto senang. Tpi Saya ni macam slow sangat no hadam ape yg diajar.
ReplyDeletesama lah kita. walaupun org kata auto senang tapi saya tetap rasa susah. mungkin effect kemalangan yg pernah saya alami dlu
DeleteSaya pun sama, sampai esok nk jpj pun mcm nk give up , nangis, wlupun hri ni dah parktis tapi masih tak oke… 😭😭😭
DeleteSama saya auto jugak. Ya Allah saya memang blur. Benda lain saya boleh pandai untuk kereta tak tahu kenapa. Saya stress sangat dengan cikgu saya.
DeleteSamalah kita saya ingat saya sorang aje rupanya awk pun sama kita geng
ReplyDeleteSamalah kita saya ingat saya sorang aje rupanya awk pun sama kita geng
ReplyDeletePengalaman awak sebijik same macam saya. Kisah agent yg saye bayar tu mula2 ajar saya okay je alhamdulillah lancar tapi start second day trainer keta saya jadi tak cekap sebab berselang seminggu tak praktis bawak. Dia membebel dan marah gile sebab dia tengok saya jadi macam tak fokus pastu ape yang dia suh buat saye tak bagi reaksi pon mana taknye otak pon blur sebb dia banyak membebel sampai lah hari ke 3. Saya jadi makin gelabah sebab tak tekan clutch dgn brek sampai nak berhenti simpang lepastu semua tunggang langgang dia kata saye tak pandai kawal stering and dia kata saye suka pandang bawah blah3 dia time tu dah cakap saye mungkin akan gagal ehmm . Dia cam giveup kat saye and dia bagitau ayah saya yg bermungkinan saya kene repeat padahal saye jpj pon blm dah buat anggapan negatif. Ayah saye dengar je agent tu bagitau terus dia perli2 saya pastu tak tegur saye dah. Saye stress dan sedih sbb semua tak bgi sokongan. Tapi insyallah utk kelas terakhir memandu saya akan cuba perbaiki balik dan buat elok2 semasa jpj nanti. Harap saye tak jumpa lagi agent yg cam tuu
ReplyDeletePengalaman saya lebih kurang macam awak la cuma yg beza nya cikgu yg mengajar saya tu tak berapa nak serius dia sepatutnya kena ajar saya 2 jam tetapi dia ajar pun dlm sejam macam tu habis sedangkan saya baru belajar memandu baru tahu mana gear mana klac mana brek macam mana nak pusing streng..tapi alhamdulillah boleh la sikit2..yg tak bestnya bila tanya cikgu tu saya lemah dekat mana dia jawab semua ok tetapi yg tak best cikgu tu ada cakap belakang dgn kawan saya yg ambil lesen kat sekolah yg sama dan cikgu yg sama kata pasal saya tak reti la, pegang streng pun macam apa nak tukar gear pun tak reti.. sepatutnya yg mana saya tak berapa cekap tu dia ajar la bukan nya mengata kan belakang..cikgu ingat apa yg di ajar.. sekarang semangat untuk belajar memandu macam dah hilang dengan family dok tekan saya suruh saya usaha bagi dapat lesen yg teman lelaki saya pun dok tekan saya nak apa yg saya belajar tu perfect.. sekarang ni saya jadi stress sgt2..
DeleteSkrg blh bawak kereta tak? Kalo saya jadi pasangan awk, saya ajar elok2 , no mrh2 sbb marah2 blh buat kita down… saya pun sama wak , mcm awak, slow leaner.. tak kofiden..
Deletesama la cikgu saya membebel smpai keluar dari kereta ckp ni salah tu salah baru tak smpai 2 jam memandu first day pulak tu. Dia bising saya lmbt tangkap nak buat mcm mana saya pun first time mestila kelam kabut panik semua nk control brek nak tekan minyak lagi. Basic control brek pun takle dapat dia suruh bawa kereta masuk litar ngan kereta2 lain. Lagi cuakla tula bawa slow asyik main brek. Cikgu tu pula resction dia marah3 membebel bagila saya dapat catch up dulu baru suruh naik bukit semua tu. Nak tny kena marah kata lambat faham. Sy baru belajar bawa bukan dh ada basic dari rumah :"
ReplyDeleteBoleh beri tips cam mana nak pandu kereta.lesen dah lama ada ,asyik renew je.mmg nak sgt drive.cikgu yg mengajar tu kata ok boleh memandu tapi perasaan mcm2 fikir.takut tertekan minyak,nak potong tukar lorong,kalau motor sebelah cam ne nak agak supaya x langgar.
ReplyDeleteKuatkan hati untuk bawa kereta..sebab ianya keperluan
DeleteHi,Saya pun alami benda yang sama..Saya ambik kelas Auto..Sudah habis 5 jam pertama..Jalan Raya tu sudah okay lah kadang2 kita kan manusia buat Salah mcm xbuka signal,lupa handbrake etc..And Litar mmg mimpi ngeri saya kena maki habis2 sampai dia ckp dia xblh ajar saya and nak tukar guru sbb saya late pickup Dan ulang kesalahan sama..Manusia x sama saya dah 21 tahun hidup Xpernah pegang stereng kereta pun sbb rumah saya xde kereta..Kakak saya pun ambik license sama dgn saya and same coach..Dia pun kena tegur tapi xkena maki sbb she is fast learner but lemah control steering..Masa dia ckp nak tukar saya minta maaf byk kali Dan dia x endahkan saya..Lepas saya minta maaf dkt WhatsApp baru dia ckp OK saje..Wah dia buat saya rayu dkt dia sbb saya nak kakak Dan parents saya tahu kalau tahu coach tukar mmg malu Dan mereka akan blame saya buat salah..Next class ni sebenarnya saya takut Dan phobia tetapi klaau dia masih marah saya Dan suruh tukar dipersilakan syaa tak mau coach yg give up on students and we are paying them to teach us..We are not slaves to them for me to beg..Let's see how its all going I was in trauma and until I read your blog I was shocked we shared same story..Kadang2 mentality coach ni fikir kita dah mmg pernah drive kereta and tipu dia ckp kita slow Dan xpernah drive kereta..Anyway wish me luck I am feeling much better after reading this blog I was so angry and confused plus depressed 😔 Previously..
ReplyDeletesamalah..sorrylah terpaksa riding comment awak and rant kat sini . Saya pun stress dgn cikgu memandu sy ..guys kot ada yg still baca komen ni ,doakan sy lulus test jpj ,dah to snggup hadap driving school tu lg. Toxic gila tempat tu.
DeleteMe too…😭😭😭
DeleteByk jgk geng yg senasib. Saya baru sekali belajar memandu. balik rumah terus menangis. Rase tak nak dtg belajar lagi dah sbb pengalaman hari pertama tu rasa tersangatla tak best. Dgn sy ni mmg zero.xpenah pegang stereng. Pastu dpt plak cikgu yg kalau boleh skli dia ajar tu terus masuk dlm otak.. stress, sedih, down. Dgn sy ni jenis lambat nak paham, kelam kabut,penakot...Hurmmm
ReplyDeleteSama awak. Mungkin awak lebih baik dari saya huwaa
DeleteSama laa, saya baru harini start kls memandu, masa nak hidupkan enjin ok je, bila nak start bwk tu, mashaallah, penuh dgn makian saja, saya mmg slow learner, igt datang2 je pusat memandu tu dah pandai drive ke?, Dah laa saya ni kereta langsung takde, amek plak manual lak tu, saya terasa jugak, lelaki langsung tak pandai bwk kereta manual, sape je tak down, doakaan saya jela yg selalu mati enjin ni 😂
ReplyDeleteSaya pun ada kisah mcm korang jugak. Untuk first day saya bawak kereta, mmg kelam kabut gila sebb yelah saya ni mana pernah bawak kereta lagi2 saya ambik lesen manual tu. Nak kena tekan klac bagai memang susah lah. Litar S pun langgar penghadang. Lepas tu for the day saya mcm ok jelah. Tapi 2 minggu lepas tu saya ada kelas lagi. Lepas tu mula2 masa nk bawak kereta tu saya terlupalah cara nak handle stereng. Cg saya pun marah. Tapi on that day alhamdulillah saya lepas S dan bukit tapi baru nak belajar parking. tapi parking susah dan pada titik itu dia start marah dan marah lagi. Cg saya bukan jenis marah yg banyak bebel tu tapi dia marah yg memerli. Waktu nak habis kelas tu pun dia kata “kalau mcm nilah awak bawak kereta, baik ambik auto je” dan saya pun terasa di situ
ReplyDeleteKadang tak paham, cikgu2 mmg kene garang2, perli2 kita tak reti langsung drive ni ke?
DeleteAku berbeza nasib, boleh drive, tapi tak perfect, awal2 cikgu suruh bawak aku bawak, biasalah kan kalau silap sikit2 dah namanya belajar, setengah jam kemudian dia sruh masuk jalan raya, aku bawak la, yg aku sakit hati, dia punye mulut dengan sikap tak padan dengan caj aku bayar 1400, mcm sial, aku rase sepatutnya dia bersyukur dpt pelajar yg dah boleh memandu, yg sialnya lagi, muke aku ni ade mcm cine skit, pastu cikgu tu cina, awal2 tu dia ckp cina, aku bagitau aku bukan cina, start situ lah angin dia jadi mcm sial, mmg babi lah, dengan pelajar dia yg cina 3 org lagi, dia ok pulak, aku mmg terasa hati oo time tu, arghhh
ReplyDeleteSaya ni pulak sepatutnya dh abis belajar memandu auto thn 2022 hujung tahun lepaa.. tapi sebab busy gila, rasa berat betul nak belajar balik. Last time belajar 2016. Fobia sbb guru tu suka pegang tangan saya waktu latihan.. saya pulak ada sikit2 anxiety.. so skrg tukar sek memandu. saya pun agak slow jugak memandu ni sbnrnya.. tapi ride motor tu mmg xde masalah.. huhu
ReplyDeleteHmmm tulaa pasal . Kes sya pulak , dr bln 8 hritu dftar lesen , kelas asyik tkde . Bljr pun bru 2kali . Lpstu skip lg brbulan² . Then sy fkir mybe sbb manual sya pulak tak thu ap ap , then sy tukar la ke auto . Tp kena tggu lg 3mnggu utk lesen auto kluar , fam da bising² sbb lma sgt da msuk thun bru lesen tak siap lg . Tba tba mkcik sy pg call ckg sy mrah² knp tak siap . Mkcik sy mnta tukarkn ckg . Msa lesen auto da siap , 2hri je ckg lma sya ajar . Msuk kpp03 da tukar ckg bru . Trus sy bfkir msa ckg lma sy tkdela nk mrah mcm ni . Smua slah . Sbb ni fst sy msuk jln rya dgn ckg bru . Sy da ckp st tak reti mmndu , dia pnya baran takblh bwak bncang . Mlut mcm prmpuan , ckg sblm ni tak prnh mrah sy bila sy silap malah bg sya smgt . Ckg yg skrg , Allah ... Sy tggl thn air mata , smua slah dia ckp sya blur tak tgkas . Mcm mna nak bwak kereta . Skit² sy ambil jln org lain , bwak kereta kri knn gaya . Da org bru bljr bwak kereta . Then spnjg jln dia mmg mrah plus hilang sbar dgn cara sy bwak kereta . Msuk hri ktga dia ajar , dia da fedap , dia ckp baik takpyh ambil lesen if mcm ni cara sy bwak kereta , lembab . Lmbat bljr ... Skit² lupa jalan , tragak² nk msuk lorong . Mcm mcm la dia katakn sya . Lastly sy nangis dpan dia hahahaha , sy da tak thu nk buat apa . Sbb down sgt² , yela sy lmbab bljr . Slow respon , tk responsive . Mcm mcm dia kata . Otak blur² . Apanya sybtak down . Smpai sy tknk bwk kete . Fam sy da bsing² pdhal esok last klas then mnggu dpn QTI . Tp tula nak hdap ckg tu esok sy rsa da tak mmpu nk dgr kata kata dia 😭🫠 . Pedas dan sgt melemahkn smngt sy utk bwak keta . Hm
ReplyDeleteThank You and I have a swell proposal: Who Does Renovations top home improvement companies
ReplyDelete