Pengalaman pergi Interview di Bank Rakyat
![]() |
Gambar Hiasan |
Suatu hari, aku dapat e-mel daripada HR
Bank Rakyat untuk pergi interview (IV) bagi program Talent Rakyat (TR). Mata aku
terpaku pada skrin sambil ligat berfikir; nak-tak-nak-tak pergi ni?
Lusa nak pergi IV tu, barulah aku sahkan
kehadiran aku dalam google form yang dia bagi tu. Mula-mula tu macam tak nak
pergi, sebab aku tengah serabut dengan tesis. Lagipun, TR ni bukan real job pun
tapi lebih kurang macam SL1M juga.
Tapi… why not pergi IV ni untuk ambil
pengalaman dan test market? Takpun boleh cari bahan story untuk blog. Hehe. Cuba
je la. Sometimes, life can surprise you. Mana tahu ada peluang menanti.
Hari
Interview.
Dalam emel tulis mula pukul 9 pagi.
Pukul 8.40 pagi, aku terpacak kat depan Menara Bank Rakyat di Brickfields. Terlopong juga tengok bangunannya yang cantik, tinggi dan gah berdiri. Rasa macam rusa baru terlepas dari zoo, masuk bandar pun ada.
Pukul 8.40 pagi, aku terpacak kat depan Menara Bank Rakyat di Brickfields. Terlopong juga tengok bangunannya yang cantik, tinggi dan gah berdiri. Rasa macam rusa baru terlepas dari zoo, masuk bandar pun ada.
Masuk-masuk je, aku pergi kaunter khidmat
pelanggan dan dapat pas pelawat. Lepas tu tekan lif sampai ke tingkat 7. Di
tingkat 7 ni ada library yang dipanggil Serambi Ilmu. Fuyyyoo, serius lawa library
dia. Rugi pula tak ambil gambar. Kat sini la tempat IV tu.
Boleh tahan ramai juga calon-calon IV yang
datang. Ada yang datang dari Johor, Penang, Melaka, Terengganu dan lain-lain. Ada
yang tunggu situ dari pukul 7.30 pagi lagi tau!
Sebelum datang IV ni, aku ada baca-baca sikit
fasal Bank Rakyat ni sebagai persediaan. Walaupun aku datang just nak tengok
apa benda interview ni, aku still nak cuba yang terbaik.
Pada masa yang sama, aku tak expect
apa-apa pun. Dapat ok, tak dapat pun ok. Nothing to lose. At least aku cuba. Aku
percaya Dia mengaturkan sesuatu yang indah untuk aku.
Tapi mostly aku dah la lupa apa benda
yang aku baca. Kahkah. Tapi seingat aku, bank ni dikatakan bank koperasi Islam
terbesar di Malaysia, fully shariah compliance dan terbaik dari segi
CSR-Corporate Social Responsibility. Talent Rakyat ni sebahagian dari projek
CSR mereka.
Sebelum masuk dalam Serambi Ilmu tu, aku
sempat call ibu minta doakan aku supaya yakin, tenang dan boleh buat masa
interview tu. Aku just nak enjoy the proses. No tension-tension, kay...
Sebelum
masuk bilik Interview
Masa masuk dalam Serambi Ilmu tu, aku
tengok dah ramai yang beratur. Pegawai kat situ tengah semak resume, transkrip,
salinan IC para calon. Lepas tu kami semua kena isi 2 borang; Borang penilaian
dan esei pendek ‘Describe yourself in 3 words and why’.
Kemudian, seorang pegawai yang aku
panggil Encik MF bagi briefing fasal Talent Rakyat ni.
“Okay, saya nak cerita serba sikit dunia
pekerjaan ni. Bila masuk kerja nanti, kamu semua akan jumpa macam-macam jenis
orang. Ada yang baik, ada yang tak boleh tengok orang lain bagus dan nak jatuhkan
orang. Bila kamu join ni, kamu nampaklah apa yang saya katakan ni. “katanya
memulakan bicara.
“Nasihat saya, dalam industri ni jadilah diri
sendiri dan berusaha dalam diam sampai orang tanya apa rahsia kejayaan kamu. Mula
dari bawah. Kalau kamu nak tahu, top senior management kat sini semua bermula
dari kerja-kerja angkat fail je.” Sambungnya lagi.
Katanya, Talent Rakyat ni ada 2 jenis:
1. Pergi training di ASWARA for 1 month then on-job-training di mana-mana
branch Bank Rakyat selama 6 bulan. Pergi belajar operasi bank tu macam mana dan
kalau bagus, boleh kerja dengan Bank Rakyat sebagai eksekutif jualan.
Terus terang encik MF cakap, kerjanya adalah buat SALES. Elaun RM 600
dan komisen bergantung apa yang dapat jual. Kalau berjuta, juta-juta la dapat.
2. Pergi kelas creative business di ASWARA dan jadi usahawan. (Tidak
begitu popular tapi aku suka!).
Aku tengok macam ramai juga yang mengeluh
bila dengar kena buat sales dengan elaun rm600 je. Ada yang rasa kena game dan lari balik tanpa
dapat dikesan pun ada. Puas pegawai tu cari.
Bila tengok dengan mata kasar: cheap labour, gaji murah dll
Bila tengok dengan mata hati: peluang besar bagi sesiapa yang minat bisnes. Masa ni la nak belajar sales, marketing, invest dll.
Aku teringat ada seorang businessmen yang ada income more than 7 figures ni kata,
"Resume isb*llshit. Bakal bos cuma jeling beberapa saat je. Dari you duk sibuk-sibuk baiki resume, baik pergi asah marketable skills like sales, marketing and copywriting ke. Kalau you ada skills macam tu, tak payah cari kerja, kerja cari you nanti.
Yeah, tapi sales bukan untuk semua orang termasuk aku. Tapi kalau dah semua orang nak kerja ofis, duduk dalam aircond siapa nak buat sales?
Penantian itu satu kelaparan
Bila tengok dengan mata kasar: cheap labour, gaji murah dll
Bila tengok dengan mata hati: peluang besar bagi sesiapa yang minat bisnes. Masa ni la nak belajar sales, marketing, invest dll.
Aku teringat ada seorang businessmen yang ada income more than 7 figures ni kata,
"Resume is
Yeah, tapi sales bukan untuk semua orang termasuk aku. Tapi kalau dah semua orang nak kerja ofis, duduk dalam aircond siapa nak buat sales?
Penantian itu satu kelaparan
Aku tunggu dari pukul 9 pagi, sampai nak
dekat lunch hour. Kebulur tunggu sebab pagi tadi makan roti 2 keping je sebab
nak cepat. Biasanya aku makan heavy breakfast. Tapi sambil tunggu tu, aku
adalah sembang-sembang dengan orang-orang sebelah dan make friends.
Cerita-cerita dari kawan baru ni
interesting juga. Dari cerita fasal pengalaman pergi buat sales, join SL1M, kerja
part-time, produk kosmetik sampailah Universiti berhantu kami sembang. Tapi
yang paling aku ingat, masing-masing meluahkan rasa, struggle dan pendapat yang
sama; susahnya nak cari kerja sekarang!
Interview
Akhirnya, nama aku pun dipanggil. Aku
duduk dalam group yang last sekali dan tinggal 4 orang je. Sebelum masuk tu,
aku bagi salam dan kami berempat ambil tempat duduk berhadapan dengan 4 orang panels.
Seorang panel pun memulakan sesi
soal-siasat, eh soal-jawab dengan satu pertanyaan yang memang famous
dalam mana-mana interview pun iaitu...
“Tell us about yourself”
Walaupun arahan simple je, tapi cukup boleh
buat sesiapa gabra dan fail serta-merta kalau nervous.
Aku ada terbaca tips interview, kalau
keluar soalan macam ni, jangan cerita apa-apa yang dah ada dalam resume, hobi
yang tak relevan dengan kerja, adik-beradik berapa orang, status single ke tak
dll.
Actually, aku gagap juga mula-mula tapi
ada sesuatu dalam diri berbisik, “Allah ada disisimu dan menolongmu, you’ll be fine.”
Automatik rasa bersemangat dan yakin tu datang.
Jadi, aku pun cerita la pencapaian, pengalaman,
minat, bakat dan apa personaliti aku. Mereka angguk-angguk dengar aku sembang
kencang fasal diri dan kata wow bila aku tunjuk sijil-sijil, hasil kerja dan
artikel-artikel yang aku tulis kepada para panelis. Sembang-sembang gak tapi
cakap kena ada bukti kan?
“Wah, boleh kerja dengan encik Jo dia ni.”
Aku dengar panelis tu cakap kat member sebelah dia.
“Saya minat menulis dan tengah
usahakannya. Tapi saya sedar yang saya tak boleh fokus on honing my craft je
tapi kena juga ada business skill supaya boleh jual skill yang saya ada. But I
need a guidance. Saya rasa happy sangat bila dapat create something. Setahu saya,
marketing pun nak kena create content kan?” Ni luahan datang dari lubuk hati
paling dalam sekali.
Aneh, penat aku hafal skrip ikut tips
interview tu tapi last-last aku cakap tak ikut skrip pun. Maaf, aku bukan pelakon
terbaik nak ingat-ingat skrip ni. Kalau ya, dah lama aku menang Anugerah Skrin TV3 tu.
Anyway, aku rasa lega bila para panelis
nampak berpuas hati. Tapi…
“Macam ni la Zafirah, saya tak rasa awak
sesuai untuk kerja-kerja sales ni. Tapi kami sangat mengalu-alukan awak supaya
join kelas creative business di ASWARA ni sebab kami nak train you. Sekarang ni
orang duk cakap-cakap fasal digital marketing. Why not you ambil je peluang ni?”kata
salah seorang panelis tu.
I say YES! Sebab aku memang malas pun
buat sales ni tapi aku nak the B choice. Dah lama teringin nak masuk ASWARA. Kalau
free, aku nak le. Siapa tak nak benda free tapi ada value. Belajar copywriting
kat luar beratus-ratus kot.
Aku lega sangat bila tahu tak payah buat
sales dan tercampak kat mana-mana branch bank tu. First, sebab aku nak commit
dengan tesis (huhu cepatlah siap, nak kerja pulak ni!).
Second, walaupun orang berebut nak kerja
bank, aku tak minatlah. Sorry not sorry. Maybe aku bukan jenis mercenary. Mak aku bebel juga kenapa aku tak suka sangat duit. Entahlah.
Sebab aku fikir benda tu macam terlalu teknikal, quantitative, kena kira-kira
bagai. But I still need a money untuk hidup.
“Tapi jangan terkejut pula nanti bila
kena belajar fasal produk bank. At least nanti you tahulah, Ooh macam ni rupanya
kerja bank, bukan keluar masuk duit je.”kata panelis tu, macam tahu-tahu je.
Selepas habis sesi interview, mengucapkan
terima kasih dan berjabat salam dengan panelis wanita 2 orang tu, aku pun
keluar dari bilik tu dengan perasaan… puas hati. Alhamdulillah. Walaupun whatever la result
dia nanti. Life goes on.
Aku pergi mendapatkan 2 orang kawan baru
yang tengah duduk santai-santai kat sofa. Terharu jugak sebab mereka sudi
tunggu sampai aku siap (walaupun lama) untuk lunch sama-sama walaupun aku tahu,
mereka pun kelaparan macam aku. Rasa nak reward diri dengan nasi goreng
membukit atas pinggan.
iv in malay eh?
ReplyDeleteWhat are the Best Casino? - Dr.MCD
ReplyDeleteBest Casino · 청주 출장마사지 Casino Royale · Blackjack 경상남도 출장안마 · Keno · Roulette · Bingo · Craps · Let 밀양 출장샵 It 구리 출장안마 Ride · More 여수 출장마사지 Casino.