Mesir. (Kaherah)



Benua Afrika. Padang pasir bagaikan karpet yang menghampar bumi,menyelimuti bumi Anbia ini. Oh sudahlah,aku memang tak reti bermadah pujangga. Selepas keluar dari perut kapal terbang,beratur cop pasport dan dokumen penting lain, ambil bagasi,tengok pramugari garang marah-marah, akhirnya aku dapat menghirup udara Mesir. Ahlan wasahlan ilal Misr.
   Bas pelancong setia menunggu kami sekeluarga dan kumpulan keluarga yang lain di luar airport. Boleh tahan juga airport Mesir ni tapi tak boleh lawan KLIA. Kami diperkenalkan dengan pemandu pelancong dari negara Indonesia (maaf,aku lupa nama apa sebenarnya) dan bernama Supardi (bukan nama sebenar). Supardi sudah menetap selama 8 tahun di Mesir dan pelajar di Universiti Al-Azhar. Aku terbayang watak Khairul Azzam dalam novel dan filem Ketika Cinta Bertasbih. Macam sama je.
    Masa dalam bas,Supardi becok bercerita. Mesir ini bumi anbia dan tempat tinggal nabi-nabi. (Ada fakta best lagi penting yang diceritakan tapi aku lupa,alamak). Bas kami menyelusur bandar Kaherah, walaupun berpadang pasir yang tandus namun kehijauannya masih terserlah. Pokok dan tumbuhan serta tanaman di sini kebanyakannya bergantung kepada sungai Nil. Bas kami juga lalu di perkarangan universiti Al-Azhar,antara Universiti yang tertua di dunia. Universiti ini berpecah dua,satu U untuk pelajar lelaki dan satu U untuk pelajar perempuan.
      Rumah-rumah di sini macam kotak-kotak dan bercat warna pasir dan kelabu. Ada bangunan berderet yang rupanya macam rumah teres dan aku tersentap apabila diberitahu itu adalah kubur orang-orang Mesir. Jenazah atau mayat tidak ditanam dalam tanah sebaliknya diletak dalam bangunan macam rumah itu. Cukup masa akan diganti dengan mayat lain pula.1 kotak rumah untuk 1 keluarga. Hal ini kerana tanah di Mesir sangat terhad,cukai melambung-lambung dan banyak rakyat Mesir hidup dalam kemiskinan dan daif. Sumber pendapatan Mesir yang utama adalah pelancongan tapi kebanyakannya mungkin masuk dalam akaun Hosni Mubarak,huh. Bila tengok rumah kubur tu,aku teringat cerita ustazah aku yang ada seorang tukang masak ni, dia rajin baca dan hafaz Al-Quran. Sudah 10 tahun meninggal dunia tapi jenazah dia tak reput sikit pun dan dapat perhatian masa operasi memindah mayat dilakukan.
      Lamunan aku terhenti apabila bas tiba-tiba berhenti. Oh,sudah sampai rupanya. Hotel kami betul-betul kat tepi jalan raya dan nampak usang. Tapi bila masuk dalam, cantik jugalah,not bad. Lif yang macam bakul,ada gate seperti dalam filem Jackie Chan menggamit perhatian aku. Aku nak cuba main naik turun dalam lif tu tapi aku takkan buat sebab aku dah besar,kena behave. Selepas sarapan dan dapat bilik masing-masing,kami pun pergilah ke bilik masing-masing. Hari itu kami rehat. Esok baru jalan-jalan.









 

Comments

Popular Posts