Semester baru



   Masa aku tulis entry ni, minggu pertama untuk semester baru ni sudah berlalu. Hari pertama kuliah aku terlewat sebab aku ambik masa hampir sejam untuk habiskan nasi goreng masa sarapan pagi. Nervous. Lewat tapi aku sempat gurau dengan ayah aku sambil cakap macam ni, “Mintak-mintaklah lecturer baru ni dah tua, nyanyuk sampai tak jumpa cari kelas kat mana dan lewat masuk kelas”.

   Mulut aku masin (mungkin nasi goreng tu yang masin?) dan mungkin pintu langit tengah terbuka luas masa tu lalu kata-kata aku menjadi doa dan dimakbulkan-Nya. Lecturer aku lewat masuk kelas sebab beliau tak tahu bilik kuliah mana satu kami berada. Lepas terjah 2,3 buah kelas, barulah jumpa bilik kuliah yang sepatutnya. TAPI  lecturer baru aku ni bukan warga emas lagi nyanyuk. Last-last aku yang tenganga sebab lecturer yang melangkah masuk ke bilik kuliah ni muda lagi hensem. Wow!

   Lepas tu, kami diminta perkenalkan diri dan sebut cita-cita masa darjah 6 dulu. Ada yang nak jadi polis,pilot dan doktor. Bila sampai giliran aku,aku pun cakaplah aku nak jadi pramugari. Macam biasa,satu kelas gelak tapi aku dah biasa jadi aku buat macam biasa. Selamba. Tak ada apa-apa perasaan. Dari langit biru ke laut biru,cita-cita yang jauh tersasar tu. Dipisahkan oleh horizon.  Horizon tu bila kita tengok laut,ada semacam garis yang memisahkan kaki langit dengan laut.

   Aku tak mungkin jadi pramugari kerana aku ni pendek dan tak reti make-up. Maskara pun aku tak ada. Lagipun uniform dia macam tak cukup kain,risau takut ayah aku tak mengaku anak bila tengok aku pakai macam tu. Parent aku tradisionalis walaupun terbuka dalam sesetengah perkara. Sebenarnya aku nak cakap wartawan adalah cita-cita aku masa darjah 6 tapi yang terkeluar pramugari,cita-cita masa darjah 3 pula. Mungkin aku agak terkilan kut dengan cita-cita aku wartawan yang tak kesampaian yang lagi tu hingga tak sanggup nak sebut rasanya.

   Lepas sesi berkenalan,lecturer yg bernama Dr.A pun ceritalah fasal beliau pula. Cerita-cerita beliau santai je tapi sarat dengan motivasi untuk orang yang mahu berfikir. Beliau cerita pengalaman beliau di Jepun. Sejuknya di Jepun sampai kalau kerat tangan pun mungkin tak rasa apa kata beliau. Sebab 1st day, kelas subjek oseanografi biologi tu jalan tak sampai sejam pun dan kami pulang awal.

Comments

Popular Posts