Lok lik oh Lok lik



Aku ditugaskan untuk buat kajian fasal kuih Lok Lik. Pernah dengar kuih Lok lik? Aku pun baru dengar. Lok lik ni sejenis kuih tradisional Terengganu. Memang pure Terengganu. Susah tau nak cari kuih ni sekarang.. Endanger Species. Lok lik oh lok lik di mana engkau lok lik, rupanya di Pasar Payang banyak. Biasanya orang lama-lama yang tahu fasal kuih ni.

Hari ini aku cari maklumat fasal kuih tu sampai ke Pasar Payang. Pencarian maklumat fasal kuih ni dah bermula sejak bulan lepas dengan menggunakan Google tapi tak banyak sangat info dapat jadi aku kena turun padang eh, pasar untuk cari kuih tu. Jadi hari ni baru aku dapat tengok secara live, merasa, dan makan kuih tersebut. Akhirnyaa… 👀

Yeay! Jumpa pun kuih Lok lik 

Bahan asasnya adalah beras, gula merah dan kelapa.  Cara nak buat macam ni ya tuan-tuan puan-puan, mula-mula ambil beras padi muda (biasanya beras pulut) dan rendamkan sampai lembut dulu sebelum goreng. Lepas lembut, goreng padi tu, tumbuk padi pakai lesung kayu (peralatan zaman dulu), buang kulit. Ulang proses tu sekali lagi sampai jadi serbuk beras. Lepas tu, campur serbuk beras tu dengan gula merah kemudian baru campur dengan kelapa. Itu cara orang dulu-dulu buat.

Pada zaman dulu, kuih ni dikaitkan dengan peristiwa musim menuai padi, kenduri kahwin, pesta pantai, pertandingan memasak dan tengok persembahan makyung, rodat. Terima kasih kepada Kak Naa dengan Kak Tom kerana sudi berkongsi maklumat dan cerita yang berharga ni.

Lepas dapatkan serba sedikit maklumat fasal kuih lok lik, aku pusing 1 pasar tu untuk tengok-tengok dan korek maklumat lagi kalau boleh sampai ke lubang ketam. Ada yang bagi kerjasama, ada yang lari, ada yang malas nak layan, macam-macam lah. Akhirnya aku jumpa seorang mak cik yang expert in bab-bab kuih tradisional ni. Aku tak sempat nak bagi salam, tengok-tengok mak cik tu dah cabut pergi toilet. Ok takpe, aku tunggu je lah. Nak dekat ½ jam mak cik tu pergi jamban, tak balik-balik jadi aku pun baliklah. Kata jiran kedai sebelah, mak cik tu payah sikit nak share resipi. Entahlah, kalau nak secret-secret sangat resipi ni baik buka kedai secret recipe. Hmm, sedapnya kek coklat yang ada banana tu.

Walaupun pergi pasar je pun, ini satu pengalaman yang menarik bagi aku. Seronok tau dapat tengok kehidupan, aktiviti penduduk tempatan ni. Dapat belajar benda baru dan general knowledge. Dah sampai pasar takkan cuci mata dengan catat info je, mestilah beli sikit, sikit je.. hihi. Kuih lok lik sebekas, dodol dengan keropok binjai kegemaran mak aku.





Comments

Popular Posts