Apa nak buat lepas grad?... Sambung Belajar VS Kerja


 Bismillahirrahmanirrahim




Setiap kali lepas solat, berdoa dan bercerita panjang dengan Allah, lama juga aku duduk berteleku di sejadah untuk muhasabah dan audit diri. Tapi kadang-kadang… I wish I have someone to talk to dan akhirnya aku berasa lebih selesa untuk bercakap dengan skrin komputer bagi melepaskan apa yang terbuku dalam hati ini.

Masalah aku tak besar mana dan mungkin remeh je bagi sesetengah orang (ada orang lagi susah, ye aku tahu) tapi bermakna bagi aku sebab aku yang mengalaminya. Apa-apa masalah aku suka cerita dalam bentuk kelakar dan thinking at the funny side untuk kurangkan kesedihan. Biasanya aku lebih suka tweet dalam twitter sebab lebih ringkas dan padat. Aku pernah dinobatkan sebagai manusia paling ceria di kalangan course mates aku semasa parti di atas roof top fakulti dulu pada suatu malam. Tapi, people are not happy for 24/7 bak kata Mat Lutfi. Rumah terbakar satu kampung tahu, kalau hati terbakar siapa yang tahu bak kata Karam Singh pula.

Aku seorang fresh graduate yang mungkin dah tak berapa fresh sebab sudah hampir 5 bulan aku tanam pisang (anggur tak hidup sebab negara aku beriklim khatulistiwa).

Aku menganggur bukan sebab masalah ekonomi negara sangat pun tapi lebih kepada attitude aku sendiri: Aku tak yakin untuk bekerja, tak sanggup berpisah dengan family, nak berhijrah lebih-lebih lagi KL (walaupun IC aku ada digit 14), choosy, dan lagi 1001 alasan. πŸ”¨πŸ’€

Aku suka layan IIUMC sebab rasa loser tu berkurangan sikit bila baca kisah-kisah orang lain yang lebih menderita, bagi pengajaran kepada aku dan membuatkan aku lebih bersyukur dan menghargai kehidupan ini. Tapi aku tak pernah confess apa-apa pun. Kalau aku pergi confess pasal ni dalam iiumc  atau mana-mana pages yang famous tu mesti teruk kena bash ni (sometimes netizen ni lagi kejam dari Hitler), jadi aku harap sangat ada sesiapa yang senasib dengan aku confess pasal ‘takut kerja’ ni. Hati sis tak cukup besar dan sado. Sampai sekarang kerja aku makan, tidur, house chores, menghadap laptop dan memenuhkan septic tank di rumah sebab jobless. 😭😭😭

Tapi sampai bila? Sampai bila-bila? Noooooo. Aku rasa tersentuh tau bila tengok, baca dan dengar cerita pasal budak dan OKU pun pandai cari duit sendiri untuk tolong mak ayah. Kecil-kecil dah pandai kerja. Kadang-kadang aku berharap aku pun memiliki sekeping hati yang tulus ikhlas macam tu.

Ada juga terfikir nak buat dropship sebab boleh working from home kan. Boleh buat kerja sambil sumbat baju dalam mesin basuh tapi masalahnya aku spesies yang tak suka ambil port pasal media sosial. Aku tak suka skrol facebook dan tak ada IG pun. Sebab aku malas nak tengok kebahagiaan orang lain sampai terlupa bersyukur dengan kebahagiaan sendiri. Aku juga rasa loser dan ‘nobody’ bila tengok momen-momen indah friends di FB. Membandingkan hidup kita dengan hidup orang lain sangat memenatkan.

Kalau buka FB pun just untuk baca pages/posts group yang aku suka. Sebab tu aku fikir sampai 67789 kali untuk buat dropship. Susah nak nampak muka aku terpampang di timeline sebab setahun sekali aku update status/gambar. Cukuplah orang tahu aku masih hidup. Lagipun aku tak cukup kuat untuk tengok cengkerik yang tolong like dan komen krik krik krik bila aku post something. Sudahlah wahai diri, katak pun dah lama keluar daripada tempurung kelapa, aku bila lagi.

Aku sebenarnya lebih berminat untuk sambung masters. Aku lebih suka belajar dari bekerja. Kalau boleh aku nak buat coursework sebab aku lebih suka berguru dan duduk dalam kelas dengar lecturer melontarkan vokalnya di depan kelas. Tapi bulan 6 atau 7 dan bulan 9 baru buka kemasukan baru. Lambat lagiii.. Jadi apa nak buat untuk bunuh masa yang banyak ini.

Pada suatu hari, aku kena brainwash dengan mak cik aku yang ada banyak pengalaman hidup. Mak cik aku nasihatkan aku suruh tanya diri sendiri:

“You nak masuk line mana? Akademik ke korporat? kalau nak pergi ke bidang akademik (jadi pensyarah la tu) memang kena belajar gila-gila sampai PhD, post doc sebab semua tu tengok segala ijazah bagai. Tapi kalau nak masuk dunia korporat, first degree saja dah cukup dan boleh terus cari kerja. Sebab korporat tengok lebih kepada orang yang ada pengalaman kerja untuk demand gaji dan pangkat yang lebih besar bukan kelulusan master, PhD saja tapi tak ada apa-apa pengalaman dalam industri. Ada masters dan PhD pun dikira fresh graduate katanya kalau nak masuk industri.

Fresh-fresh keluar dari U ni lah kena mula cari pengalaman kerja, gali potensi diri, be matured. kalau nak tunggu umur 120 tahun baru ready nak kerja, susahlah. Setiap tahun orang keluar-masuk-keluar U. Persaingan makin ramai dan sengit. Dan masa kerja ni lah kita boleh tahu kita suka apa, tak suka apa..” lebih kurang macam ni la nasihatnya.

Lepas kena basuh-berus-bilas dengan mak cik aku, aku semacam mula tersedar dari mimpi-mimpi indah dan ngeri. Betul juga cakap mak cik aku. Lebih baik aku fikir masak-masak. Kalau dah rasa masak pun fikir-fikirkan lagi. Bab-bab masa depan ni tak boleh dibuat main. Aku memang suka belajar dan of course la prefer akademik tapi… Macam mana kalau tak dapat jadi pensyarah? Apa back up plan aku? Macam mana kalau pada tahun 2030 nanti syarat nak jadi pensyarah mesti kena ada at least 5 tahun pengalaman kerja industri selain PhD semua-semua tu sebab nak student lebih didedahkan dengan dunia pekerjaan sebenar daripada duduk baca nota slides untuk exam je?

Aku mula ambil kertas, tulis pros & cons dan bandingkan Sambung Belajar vs Kerja. Solat sunat istikharah pula sudah semestinya. Bab-bab masa depan ni tak boleh sambil lewa je. Aku mula senaraikan impian, target aku dan merancang pelan tindakan sambil mula minta kerja. Aku cuba juga hantar resume, CV dan apa-apa yang bakal bos minta. Company besar-besar pun aku cuba juga walaupun aku entah orang yang ke berapa ribu minta kerja dekat situ.  Kena cepat bertindak sebab setiap tahun ada lambakan graduan. Saingan aku pula mesti..

1.      Orang yang ada pengalaman kerja
2.      Foreigner 
3.      Overseas Graduate
4.      500000++ Graduan IPTS dan IPTA lain yang gempak-gempak

Rasa kecil je diri ini bila fikir fasal tu tapi ah, aku gagahkan juga diri tekan ‘send’ e-mel tu. Bukannya HR company tu gigit pun kalau aku try. Habis dahsyat pun kena reject je. Tak dapat yang tu try yang lain pula, rezeki Allah ni luas. Cuma kena rajin gerakkan tulang 4 kerat ni untuk cari rezeki tu. Allah mesti tolong punya bila dah berusaha, dan selalu-selalu lah baiki diri. (Note to myself)

Akhir kata, doakan aku tabah dan boleh mengharungi kehidupan ini. Terima kasih kerana sudi membaca bebelan aku yang sepanjang kira-kira 1140 patah perkataan dan tak seberapa ini serta maaf dipinta dari hujung rambut sampai kuku kaki andai kata tulisan aku ini menghiris dan membakar hati sesiapa sampai hangus. Sebagai penutup bicara, terimalah lagu dendangan arwah Sudirman ini..

Aku hanya insan biasa
Ingin juga hidup bahagia
Ohoo... nasibku
Aku penganggur
Ohoo... nasibku
Aku penganggur

P/S: Hoho, deep betul lirik lagu ni, youtube pun tahu perli aku

Comments

  1. Hi, saya baru lalu sini baca post ni, walaupun dah terlambat sikit hihi. Saya pun sedang rasa benda yang sama awk rasa😭

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts