Pengalaman Melepaskan Belangkas di Kuala Ibai


Horseshoe Crab Ocean Sea Crab Beach Animal



Pernah tengok belangkas? Pernah makan belangkas? Tak payah makanlah. Kembung pipi aku masa tengok orang masak dan makan belangkas tu dalam YouTube. 

Seafood, King Crab, Horseshoe Crab


Semasa Anis ajak aku pergi Kuala Ibai yang famous dengan Masjid Terapung untuk membebaskan belangkas kat sana melalui Whatssap, aku terus melompat bangun dari sofa dan cakap OK.

Kami berjanji untuk berjumpa pada pukul 3 p.m. di hatchery (kolam ternak hidupan laut) UMT. 

Aku rasa excited sebab seumur hidup aku, inilah kali pertama aku tengok belangkas. Biasanya dengar nama dia je dalam perumpamaan Melayu contohnya; rapat seperti belangkas. 

Oleh sebab excited, aku cepat-cepat keluarkan Samsung cabuk aku daripada handbag untuk ambil gambar. 

Tadaaaa…
Macam ni rupanya belangkas


Badannya macam labah-labah

Ni namanya Orlando Bloom. Suka hati aku je bagi nama.


Yang jantan (kecik) membonceng atas betina. 

Ia tak gigit orang dan tak bahaya pun, aku siap geletek lagi badan dia dan gosok kepalanya yang macam helmet tu. 

Kalau korang nak tau, nenek moyang belangkas ni dah wujud sejak zaman dinosaur lagi. Badan dia dari berjuta tahun dulu sampai sekarang sama je. Sebab tu orang panggil dia ‘fosil hidup’.

Ia boleh survive semasa zaman dinosaur yang ganas tu, tetapi diancam kepupusan pada zaman sekarang sebab aktiviti manusia. 

Darah belangkas sangat diperlukan dalam industri perubatan sebab boleh mengubat penyakit seperti kanser. 

Darah belangkas sebenarnya tak berwarna pun, tapi sebab ada copper dalam darahnya yang apabila bertindak balas dengan oksigen, tu yang jadi warna biru tu. Kalau ambil banyak sangat darah, matilah belangkas tu. 

Bila banyak sangat belangkas mati, berkuranglah populasi belangkas kat dunia ni. Itu apa yang berlaku di Amerika dan usaha pemuliharaan belangkas ni sedang giat dijalankan pada peringkat global. 

Dalam dunia ni, ada 4 spesies belangkas. 1 spesies ada di Amerika dan 3 lagi spesies ada di rantau Asia Tenggara. 

Selain sebab orang ambil darah dia, belangkas ni juga hampir pupus sebab habitat dia dan tempat bertelur musnah akibat daripada aktiviti pembangunan. Di samping itu, belangkas juga dijadikan lauk dan menu istimewa di sesetengah restoran.

Ramai orang kampung cakap ia beracun. Tapi saintis UMT kata tak pun, mungkin adalah sikit sebab setahu aku, ia makan kerang dan alga. Apa yang aku belajar dalam kuliah, toksik pencemaran daripada pasir-pasir dalam laut ni terkumpul dalam badan kerang dan alga sebab kerjanya tapis pasir untuk makan. Apabila binatang lain makan kerang ni (contohnya belangkas dan kita, manusia), mungkin toksik ni akan terkumpul dalam badan binatang tu pula. Eeeeiii, sejak pergi kelas marine natural product tu aku jarang makan kerang.

Ok, back to our story…

Sebenarnya pukul 4 petang nanti baru kitaorang gerak pergi Kuala Ibai. Sementara tu, kami lepak-lepak dulu dalam hatchery sambil main-main dengan belangkas yang ada dalam kolam tu.  Kuda laut pun ada…



Kemudian kami pergi ke Kuala Ibai untuk program pelepasan belangkas kat sana.

Sebenarnya, kami buka program ni kepada komuniti dan orang awam. Tapi sebab hari tu hujan lebat, jadi seorang orang awam pun tak ada kat pantai tu. Tinggal kami je lah komuniti manusia yang ada kat situ. Nak buat macam mana. Hujan ke ribut petir ke, belangkas tu kena dilepaskan juga ke laut. 

Akhirnya kesemua 40 ekor belangkas itu dilepaskan..

Di Kuala Ibai

Team Belangkas UMT

Bila nak berlepas ni?

Selamat jalan Orlando Bloom;


 Alhamdulillah. Satu lagi pengalaman yang aku tak boleh lupa. Tapikan, apalah nasib belangkas tu nanti? Berjayakah ia kembali ke laut semula atau menjadi kerabu untuk santapan manusia?




Comments

Popular Posts