Aku dan Fizik

E dan D. Itulah gred yang aku selalu dapat untuk subjek yang paling aku tak suka semasa zaman sekolah dulu iaitu Fizik. Aku ingat lagi, aku pernah dapat markah 19% dengan gagalnya. Tapi masa tu baru ujian TOV tingkatan 4,jadi boleh gelak-gelak lagi semasa tengok markah tu.

Naik tingkatan 5, aku mula gelabah ayam bila asyik kantoi je subjek ni. Aku memang tak boleh imagine dan tak faham apalah yang cikgu fizik ajar kat depan. Nak kena pinjam otak Einstein kot baru faham. Oleh sebab aku selalu dapat markah tercorot dalam kelas, aku selalu menjadi target tembakan soalan bertubi-tubi daripada cikgu.

Misalnya, cikgu suruh aku kira berapa kelajuan gajah yang terjun dari bangunan. Gajah ni pun satu, tak ada tempat lain ke nak terjun. Aku tergaru-garu kepala yang tak gatal depan papan putih tu.

Newton’s law. Kadang-kadang terfikir juga kenapalah epal yang jatuh atas kepala Isaac Newton tu, bukan buah nangka ke, cempedak ke atau durian. Tak adalah formula pelik-pelik tu sampai ke dalam soalan SPM. Jahat gila pemikiran aku masa tu.

Ayah aku bekas jurutera dan fizik was his subject masa zaman belajar dulu. Ayah aku macam susah nak terima kenyataan yang genetik kepandaiannya dalam fizik tak sampai kat aku dan siap dapat D lagi dalam peperiksaan percubaan SPM. Akhirnya ayah aku sendiri yang ajar aku. Aku juga kena masuk ICU-Intensive Class Unit di sekolah mungkin kerana keputusan yang kritikal dalam subjek tu.

Selain tu, aku turut belajar dengan kawan-kawan yang pandai dan terer dalam fizik. Kagum betul aku dengan orang yang minat gila fizik ni. Kalau aku tengok atas, nampak siling. Kalau pakar fizik pandang atas pula, mesti nampak wayar-wayar kipas lampu yang berselirat kan?

Berkat doa, usaha, pertolongan daripada Allah dan bantuan orang sekeliling, akhirnya D upgrade jadi B dalam peperiksaan SPM. Yang lain semua A kecuali fizik dan add math. Alhamdulillah. 

5 tahun kemudian, aku terserempak dengan bekas cikgu fizik aku di kampus. Beliau bawa students sekolah aku dulu melawat universiti tempat aku belajar. Mestilah aku excited dan kami berborak seketika. Tergelak besar cikgu tu bila tahu yang aku tengah buat Projek Tahun Akhir yang berkaitan dengan Fizik. Haha 😃

Comments

Popular Posts