Nelayan Wanita di Korea Selatan ini Menyelam Seperti Duyung
Gambar Hiasan |
Mencari rezeki di laut merupakan pekerjaan yang mencabar dan biasanya orang lelaki yang buat kerja-kerja ni. Di Korea Selatan khususnya Pulau Jeju, perempuan pun boleh jadi nelayan.
Apa yang menarik, nelayan wanita di Pulau Jeju ini terdiri
daripada warga emas dari umur 70 hingga 90 tahun! Mereka boleh menyelam sehingga
kedalaman 10 meter di dasar laut tanpa bantuan tangki oksigen atau peralatan
skuba yang lain.
Sekumpulan penyelam wanita ini dikenali sebagai Haenyeo yang
bermaksud ‘Wanita Laut’.
Mereka menyelam untuk mengutip hasil laut seperti abalone,
rumpai dan landak laut sebagai mata pencarian.
Penyelam-penyelam wanita ini menahan nafas selama seminit
untuk setiap selaman dan menghasilkan bunyi siulan yang unik ketika bernafas di
permukaan lautan.
Sejarah
Haenyeo
Haenyeo merupakan sebahagian daripada warisan budaya Korea
Selatan yang unik.
Berdasarkan sejarah, kerjaya ini dipercayai telah wujud sejak
era Dinasti Joseon. Ketika itu, Haenyoe dianggap sebagai pekerjaan yang
berkelas rendah dengan pendapatan yang tidak begitu lumayan.
Nelayan lelaki menangkap ikan di laut lepas manakala nelayan
wanita pula mengutip hasil laut dengan menyelam di kawasan pinggir pantai.
Oleh sebab ramai kaum lelaki ketika itu semakin berkurangan
akibat peperangan dan hilang di lautan, ramai kaum wanita mengambil alih
sebagai ketua keluarga dan pencari rezeki.
Pekerjaan tersebut masih wujud sehingga zaman kini.
Cara
mereka bekerja
Mereka hanya membawa peralatan seperti pelampung, jaring,
tombak dan tempuling ketika menyelam.
Mereka turut menggunakan ‘tewak’ iaitu sejenis alat
pengapungan yang berbentuk bulat dan mempunyai jaring untuk diisikan dengan
tangkapan hasil laut.
Mereka bekerja secara individu, walau bagaimanapun
sekurang-kurangnya dua orang harus berada di dalam air sebagai langkah
keselamatan dan mereka menjaga antara satu sama lain.
Menurut laman portal Daily Mail, Seusia belasan tahun lagi,
mereka mula menyelam iaitu ketika berusia 13 hingga 15.
Pengetahuan menyelam ini diperturunkan kepada generasi muda
khususnya antara ibu dan anak perempuannya. Sekolah Haenyeo diwujudkan khas
untuk sesiapa yang berminat untuk menjadi ‘Haenyeo’. Namun begitu, generasi
muda tidak lagi berminat kerana kerjaya ini amat berbahaya.
Menurut portal Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), budaya Haenyeo ini turut menjadi
tarikan pelancongan di Pulau Jeju.
Selain menyumbang kepada kemajuan status wanita dalam
masyarakat Korea Selatan, Haenyeo turut mempromosikan kelestarian persekitaran
marin dengan kaedah dan penglibatan masyarakat dalam pengurusan amalan
penangkapan hidupan laut yang mesra alam.
Comments
Post a Comment