Sambung masters: Research atau Coursework atau Mixed mode?


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera .

Hari ni aku nak kongsi cerita pasal sambung masters. Aku memang berangan nak sambung masters sejak sebelum masuk ijazah pertama lagi walaupun result asasi masa tu suam-suam kuku. Alhamdulillah, angan-angan tu menjadi kenyataan.

Kenapa nak sambung masters?

Banyak kali aku tanya diri sendiri soalan tu. Dan jawapannya lebih kurang macam ni walaupun mungkin agak poyo.. pertama, sebab aku suka belajar dan dahagakan ilmu (untuk kepuasan peribadi). Dalam hidup ni, cuma 5% yang kita tahu. Selebihnya tak tahu apa-apa pun. Kedua, aku nak menyumbang sesuatu kepada agama, bangsa dan negara. Ketiga, parents suruh dan sebagai anak mithali, aku menurut perintah.

Research


Dulu aku pernah ada hati nak buat research pasal hidupan liar yang tinggal di dalam laut. Cuba teka apa dia? Ok, sendiri tanya sendiri jawab jadi jawapannya adalah Ikan lumba-lumba atau dolphin. Ada ke dolphin kat laut Malaysia ni? Sebelum belajar sains marin ni, aku ingat dolphin ada kat negara orang putih je, rupanya adalah kat Malaysia ni.
Kata lecturer aku, selagi ada laut selagi tu ada mamalia marin seperti dolphin dan ikan paus.

Aku ada jumpa Dr S untuk tanya serba sikit maklumat tentang bidang ni sebab beliau antara pakar mamalia marin negara. Kata beliau, research dolphin ni bukan senang sebab haiwan ni memang ada tapi susah nak jumpa dan kena pergi ke laut lepas untuk carinya. Kos pergi-balik ke laut lepas bukan murah sebab kena naik bot, kapal dan helikopter untuk survey. Bajet dan dana pula ciput je.

Lagipun, haiwan ni duduk dalam laut je dan boleh berenang bila-bila masa kalau nak pergi mana-mana. Hari ni mungkin dolphin ada di Malaysia, esoknya mungkin ia pergi Korea pula. Dolphin bukan macam penyu yang naik juga ke atas darat untuk bertelur. Susah tu nak cari.

Lemah semangat aku dengar. Tak apalah, mungkin aku tak cukup passionate dan tahan lasak dalam bidang ni.

Lagipun, serius ke aku nak buat research? Final year project (fyp) aku pun macam entah apa-apa. Masa buat fyp tu aku culture shock jugalah sebab semua benda aku kena buat sendiri, tak ada orang nak ajar A to Z atau spoon-feed bak kata orang putihs.. Mungkin supervisor aku nak ajar realiti sebenar dunia research dan postgraduate yang sunyi sepi. Kau punya research, pandai-pandailah kau handle dan survive nanti.

Lepas tu aku dapat tawaran buat masters by research dengan lecturer aku dulu. Buat master sambil jadi pembantu penyelidik , dapat gaji lagi. Susah juga nak tolak tawaran tu, tapi akhirnya aku tolak juga selepas puas berfikir. Sebabnya, I don’t think it’s my calling walaupun gajinya boleh tahan lumayan bagi seorang fresh graduate yang dah tak berapa fresh macam aku. Lagipun, aku kurang berminat dengan research dan aku tau aku ni jenis macam mana.

Coursework dan Mixed mode


Aku suka berguru dan spesies exam oriented. Jadi coursework dan mixed mode mungkin lebih sesuai untuk aku. Aku dapat offer tiga kos yang jenis coursework dan mixed mode dari UM iaitu Masters in Media, Sustainability dan Publishing (penerbitan).

Selepas buat solat istikharah dan berserah pada-Nya, aku pilih kos penerbitan sebab aku selalu berangan nak jadi writer, translator, editor dan jurnalis. Fuh, madu empat juga aku ni. Aku selalu berharap yang karier aku nanti berkaitan dengan buku-buku sebab aku pembaca dan pengumpul buku tegar.

Walaupun mungkin lari bidang, aku sikit pun tak menyesal belajar sains marin ni walaupun aku dilatih untuk menjadi saintis bukan story writer selama 3 tahun tu. Tetapi analytical skill yang aku dapat daripada bidang sains ni sangat berguna dalam bidang penulisan yang aku baru nak cuba ceburi ni. Lagipun, aku ada knowledge pasal laut dan harap dapat berkongsi ilmu yang ada ni dengan rakyat Malaysia sebab negara kita dikelilingi laut tapi berapa ramai yang sedar hakikat ni.

Macam tu lah ceritanya. Mula-mula aku ingat nak jadi saintis; sambung masters, PhD, postdoc sampai jadi professor. Parents pun bagi green light, so jalan lah tunggu apa lagi kan. Tapi tiba-tiba aku buat U-turn dengan mohon masters of arts dan pilih kos penerbitan. Haha. Nasib baik parents bagi green light juga, itu pun selepas slow talk dan bentangkan future planning depan mereka.  


Apa pun keputusan yang aku buat, mungkin akan membuatkan aku menyesal atau puas hati. Tapi itulah yang orang panggil pengalaman dan kehidupan. 

Comments

Popular Posts