Welcome to Postgraduate Life


Semester 1 baru bermula. Kelas pun tak mula dengan rasminya lagi. Pendaftaran pun tak setel lagi. Baru minggu pertama tapi aku dah stress-stress pasal topik disertasi atau senang cakap tesis. Sebenarnya semester depan baru disertasi bermula tapi aku cuba mulakan awal-awal sebab tak nak stress dan depress di kemudian hari.

Penulisan tesis ni bagi aku kompleks dan bukan senang. Kau malas ke, kau rajin ke dalam buat research, akhirnya thesis yang ditengok dan dinilai untuk dapatkan segulung ijazah sarjana dan bergelar scholar. Pensyarah aku cerita ramai senior cabut lari bila masuk part thesis ni walaupun result exam diorang lulus dengan warna yang terbang-terbang dan gempak semasa kursus. Nampak tak susahnya tu.

Jadi, aku mulakan dengan pencarian topik yang aku minat. Itu pun dah susah sebab aku tak tau aku minat apa sebenarnya. Aku malas nak stress sangat sebab aku nak enjoy belajar ni. Tak apa, pelan-pelan kayuh kata orang.

Lepas tu aku baca buku Tulis Tesis Cepat dan blog Dr.OT yang terkenal tu, kalau tak kenal boleh google. Dalam tu penuh dengan tips-tips tulis tesis seperti sediakan proposal macam mana, literature review, mendeley, document map, 1 file 1 thesis dan banyak lagi.

Fuh, welcome to postgraduate life.


Comments

Popular Posts