Pengalaman ke Big Bad Wolf di The Mines




Masa tu awal bulan Disember 2016,



Aku pergi The Mines, sebab ada event Big Bad Wolf (BBW). BBW ni pesta lelong buku besar-besaran yang diadakan pada setiap tahun.

Ini merupakan pengalaman pertama aku pergi BBW di Selangor. Tahun lepas pernah pergi sekali ke BBW di Unisza, Terengganu. Walaupun BBW di Unisza tu tak sebesar di The Mines, 3 troli jugalah family aku borong buku. Bonet kereta Triton ayah aku penuh dengan buku, serius talk.

Tapi kali ini aku pergi sorang-sorang. Takut jugalah sebab tak biasa ke tempat tu dan seorang diri pula tu. Kalau ada pesta buku memang aku suka pergi seorang diri sebab aku akan duduk situ lama giler (aku duduk di BBW tu dari pukul 9 pagi sampai 3 petang). Jadi aku tak suka bawa teman sebab tak suka ditunggu dan menunggu. Ikut suka kaki aku nak pergi mana.

Aku bergerak ke The Mines dari rumah pada pukul 7.30 a.m. Naik LRT Kelana Jaya Line kemudian turun di KL Sentral. Lepas tu naik KTM Komuter dari KL Sentral menuju ke KTM Serdang. Lepas tu naik bas rapid KL bernombor 590 untuk ke The Mines.

Semasa dalam perjalanan, aku ada baca-baca beberapa surah, doa dan ayat pendinding diri. Walaupun aku jalan seorang diri dan nampak loner, tapi aku tak pernah keseorangan sebab Allah selalu di sisi aku. Aku pernah terbaca, kalau kita selalu baca ayat kursi, Allah hantar malaikat-malaikat-Nya untuk jadi bodyguard kita.

Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan. Tren dan bas datang on time, tak payah tunggu lama-lama. Lepas tu ada satu family yang baik hati ni, ajak aku jalan sama-sama sampai ke pintu masuk BBW selepas mereka tengok aku nyaris-nyaris tersalah masuk bangunan lain.

Bila aku masuk je dalam BBW tu…

Banyaknya buku!

Tapi ada rasa hampa sikitlah sebab buku kanak-kanak lebih mendominasi pesta tu. Berapa kerat je fiksyen untuk orang dewasa. Mujur non-fiction banyak juga, blockbuster price pula tu. Mana nak cari buku-buku ilmiah (international pula tu) bawah RM 100 secara live kalau bukan di BBW?

Aku sampai dalam pukul 9 pagi, tapi dah ramai tau orang masa tu. Aku tak tahulah pengunjung ni datang pukul berapa. Siap ada yang bawa anak-anak pakai baju tidur. Aku ingat aku datang paling awal dah, rupanya ada lagi yang paling awal.

Aku pun ambil troli dan mulakan operasi mencari buku-buku yang aku nak. Selepas penuh satu troli, aku ambil tempat duduk untuk tapis mana-mana buku yang betul-betul mahu dibeli sambil kira-kira bajet. Tak mungkin aku boleh beli semua buku dalam troli tu. Kalau nak beli juga semua tu, aku kena kerja kat BBW tu lah sebab tak cukup duit nak bayar.

Pukul 12 tengah hari, dah start ramai orang. Ramai gilerr.. See? Siapa kata rakyat Malaysia malas membaca aku tembak dia. Nak jalan pun susah dan asyik-asyik kena say sorry sebab terpijak kaki orang. Budak-budak pula asyik melalak, menangis dan screaming sana sini. OMG!

Aku segera mengingatkan diri yang aku tengah berada di pesta bukan di library yang kena senyap sunyi. 

Kan best kalau ada satu portal ke dunia lain di mana cuma ada aku dengan buku-buku yang dalam troli tu je ada. Bolehlah aku baca dengan aman damai lepas tu baru beli kalau buku tu berjaya tarik perhatian aku dalam masa 40 saat dan betul-betul berkenan.

Lunch hour dah nak habis. Aku rasa lapar sebab tak makan proper breakfast pagi tadi. Cuma teguk nestum je. Kat sana ada tempat jual makanan dan minuman tapi kurang-kurang harganya RM 10. 

Aku mula rasa dilema, antara sepinggan spageti dengan novel, mana lagi penting? Ok, novel win. Huhu. Aku sanggup berlapar.

Lagipun tempat makan tu dah bukan macam medan selera tetapi medan perang dengan kerusi meja yang bergelimpangan dan orang berebut nak duduk.

Pukul 3 petang, selepas bayar semua tu aku pun keluar lah. Tak larat dah aku nak duduk lama-lama lagi, nak tercabut skru lutut aku jalan sana-sini sebab dewan tu boleh tahan besar.

Pukul 4 baru aku breakfast+lunch+dinner, 3 in 1 terus di KFC The Mines. Itu pun ramai juga orang, crowded. Sampai kedengaran suara-suara staff KFC yang tengah marah-marah. Aku faham stressnya tu sebab aku dulu pernah jugalah rasa kerja di line f &b tu macam mana.

Dulu aku pernah nak try kerja KFC. Tapi bila tengok cara kerja diorang, aku rasa baik aku jadi customer je lah.  

Akhir cerita, pukul 6 petang baru sampai rumah. Sengih-sengih tengok buku yang baru dibeli dan susun atas rak. Ini rumah baru you all, welcome~~

Comments

  1. Tumpang tanya saudari,
    Macamana saudari book ticket dari KTM KL Sentral ke KTM Serdang ye?
    Saya dah pergi ke laman e-ticket tapi bila nak pilih destination, takde sebut KTM Serdang.
    Saya harap saudari dapat jawab pertanyaan saya sebab impian saya untuk pergi ke Big Bad Wolf tahun ni yang dibuat pada 6 - 16 Disember 2019.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts