Audit diri


6.42 a.m.

Aku baru lepas baca Al-Quran, dan air mata aku mengalir hiba. Sudah berapa lama aku tak pegang sahabat dunia akhirat aku ini. Selama ini asyik tenggelam dalam fatamorgana dunia.

Selepas solat subuh tadi, aku muhasabah dan audit diri kejap. Aku turut memikirkan nasib manusia terutama sekali umat Islam pada zaman ini.

Rakyat di negara-negara maju seperti Amerika, Eropah, Jepun dan Korea memang nampak maju dan kelas pertama dari segi mata kasarnya tetapi berdasarkan pembacaan aku, jiwa mereka kosong dan sakit.

 Jadi mereka mencari jalan untuk menutup kekosongan itu dengan keseronokan seperti arak, disko dan seks.

Umat Islam hari ni pun makin leka dan terikut-ikut dengan budaya pop mereka. Ramai yang mabuk dengan perkara-perkara materialistik. 

Aku tak judge sesiapa dan tak layak pun sebab aku bukan duduk dalam kondisi mereka. Kenapa ya duit selalu tak cukup? Ramai orang mengeluh macam tu.

Adakah memang sebab krisis ekonomi atau perangai individu tu sendiri termasuk aku yang tak reti mengurus kewangan.

Sembang kencang kata ekonomi teruk tapi aku tengok selalu penuh je tempat-tempat pelancongan dan kafe-kafe hipster, bercuti ke luar negara pun dah tak pelik lagi sekarang. Now everyone can fly bak tagline Air Asia.

Apa yang aku boleh sumbangkan dengan kelebihan yang Tuhan beri?

Dulu aku belajar bidang sains marin, sekarang aku ambik kos penerbitan. Aku tak rasa semua ini kebetulan atau saja-saja. Semua ini sudah dirancangkan dan ditakdirkan mungkin selepas aku membuat pilihan.


Takdir bermula selepas pilihan dibuat. Ada sesuatu yang Dia mahukan tetapi akal aku tak cukup tinggi untuk menafsirnya.

Comments

Popular Posts