Awani Rangers- Pengalaman menjadi 'wartawan'




Gambar hiasan-Foto kredit Pixabay

Aku menyertai Awani Rangers, bukan Power Rangers okay…

Astro Awani membuka peluang kepada pelajar-pelajar IPT di seluruh Malaysia untuk menjadi sukarelawan atau tunjukkan bakat kewartawanan, maka terjadilah Awani Rangers ini.

Aku terjumpa iklan fasal Awani Rangers ni masa nak pergi ofis Jabatan Media di UM. Lalu aku pun bagi nama dan daftar kat Encik K (Pihak UMCares) melalui online.

Taklimat daripada pihak Astro Awani
Selepas diterima masuk, aku kena pergi bengkel atau taklimat fasal Awani Rangers yang diadakan di Fakulti Komputer sebelum memulakan tugas sebagai skuad reporters Awani Rangers UM.

Bengkel Awani Rangers ni dikendalikan oleh wartawan Astro Awani itu sendiri iaitu Encik Johnny Depp (bukan nama sebenar).

“Berita di Astro Awani mendapat juta-juta views tapi tetap kalah dengan satu akaun instagram ni yang bukan dimiliki oleh manusia tetapi… kucing.

“Tak malu ke kalah dengan binatang? Kucing gemuk yang tengah tidur pun boleh buat orang suka. Jadi, di sini saya nak beritahu yang dalam dunia digital ni content is the KING.” ujarnya.

Lepas tu, beliau pun mula bercerita pengalamannya sepanjang jadi wartawan, apa tugas-tugas wartawan sebelum bagi ceramah atau tutorial macam mana nak buat berita atau artikel yang best.

Beliau turut mengajar macam mana nak jadi MOJO (bukan penyanyi band MOJO tapi Mobile Journalism) atau dengan kata lain Solo Journalism.

Kalau dulu, sampai 5 orang kru pergi kat tempat kejadian untuk cover berita. Ada wartawan, cameraman, tukang pegang wayar dll. Tapi zaman sekarang seorang saja dah cukup. Kaulah wartawan, kaulah cameraman dan kaulah pak pacak.

Selepas habis sesi tutorial tu, bermulalah sesi praktikal iaitu kami para peserta ni kena cari berita, tulis artikel dan buat video.

Selepas siap tugasan yang diberi dan dihantar, bermulalah sesi kritikan secara santai.

Aku mendapat kritikan paling membina sebab video yang aku buat tu.. err 👎.  Kalau tak ada kritikan, kita tak akan pernah tahu kelemahan kita kat mana.  

Rasa loser sangat masa tu, aku suka menulis je tapi tak reti nak pegang kamera. Tapi takpe, hero (atau heroin) memang kena kalah dulu.

Assignment pertama
Selepas sebulan dari taklimat tu, barulah aku ada masa nak buat tugasan untuk Astro AWANI sebab sebelum ni aku busy dengan segala assignments daripada lecturers, exams dan projek. Study wajib beb! Aktiviti lain sunat ja.. Tapi still kena balance dua-dua. 

Suatu hari, encik Johnny bagi assignment untuk buat berita fasal ranking UM dalam senarai ranking universiti terbaik Asia yang dikeluarkan oleh Times Higher Education (THE) dalam group Whatsapp.

Berita terbaik akan berpeluang untuk masuk ‘Hari ini pukul 8 Astro AWANI’ atau dengan kata lain muka anda akan terpapar di kaca TV.

Selepas beberapa minit krik krik krik (cengkerik yang reply), akhirnya encik K tanya ada sesiapa nak sahut cabaran ini?

"Challenge accepted".  Aku pun sahut assignment tu. Kalau tak buat sekarang, bila lagi? 


Sebenarnya, aku nak sangat jadi wartawan/penulis. Ini luahan jujur dari lubuk hati (Lubuk hati kauuu 😁). Sebab aku suka menulis, mendengar cerita dan bercerita walaupun aku tahu kerjaya itu bukan setakat menulis je tapi menuntut diri untuk jadi jack of all trades iaitu tahu serba-serbi dan serba-boleh.


Tapi aku takde background journalism. Masa first degree belajar sains, lepas tu ambil master bidang penerbitan. Tapi takpe, kata orang dunia kewartawanan sebenar bermula di lapangan bukan dalam kelas. 


Keesokannya, aku bangun dengan mata panda sebab aku tak boleh tidur kot malam tu, nervous nak pergi cover berita for the first time punya pasal.


Aku cover berita ni sorang-sorang sebab rangers lain ada kelas. Aku tak kisah mana pun tapi ada rasa down sikitlah bila encik K cakap, "Boleh ke awak buat sorang? Jangan buat sorang, cari kawan." 2 kali kot dia ulang. Rasa down sebab  rasa macam diri ini tidak boleh dipercayai dan tak boleh diharap pula. 


Tapi macam betul juga cakap dia, bukan senang nak narrate, conduct interview lagi, shooting dan edit video sorang-sorang. Tapi memang tinggal aku sorang ja yang available hari tu. Jadi aku teruskan sajalah assignment tu.


Nasib baik rangers lain ada tolong jugalah melalui whatsaap, diorang bagi tips or at least semangat kat aku. 


Dipendekkan cerita, aku buat research sikit pasal ranking UM, dah banyak media yang report pasal ni tapi aku cuba cari sudut lain. Lepas tu aku interview Penolong Naib Canselor UM (Jaringan Industri & Masyarakat), Prof Dr Rofina Yasmin. Minta komen sikit pasal ranking ni. 


Lepas tu pergi majlis Perutusan Tahun Baru Naib Canselor 2018, untuk dengar komen Datuk Ir (Dr) Abdul Rahim Hashim, Naib Canselor UM pula. Lepas tu dapat bahan story aku bergegas pergi library untuk menaip di laptop.


Tapi sebelum tu aku singgah di toilet, tutup pintu, bersandar belakang pintu, tekup mulut dan nangis semahu-mahunya. Aku ada effort buat news video tapi video yang aku rekod tu sangat menyedihkan . Frust aku... Ah, wartawan kena hati kering, bukan cengeng like this. Peduli apa, aku wartawan jadian je pun, nak nangis gak huwaaa 😭. 


Sudah terang tak payah suluh-suluh yang Astro AWANI tu media broadcast. Of course la depa nak news video. Aku gagal lagi untuk assignment pertama ni. Dan entah kenapa dalam banyak-banyak tempat, rumah setan ni juga yang terpilih untuk aku menghamburkan air mata. 


Lepas puas nangis, aku keluar dari toilet dengan nekad untuk habiskan apa yang aku dah mulakan. Keluar je, aku tengok ramai yang beratur depan pintu toilet... tunggu aku siap nangis. Siap ada yang tekan-tekan perut sambil bagi sedas jelingan tajam ke arah ku. Ops, sorry.. kenapa tak ketuk? 


Anyway, aku taip juga story tu sampai habis dan hantar kepada penilai. Selepas edit, baru aku hantar ke Astro AWANI. Masa tu, aku tak expect apa-apa dah. Reject ke, published ke yang penting aku dah cuba sehabis mampu. Aku mampu hantar artikel je sebab video dah terjun ke laut semuanya. 


Tak lama lepas tu, artikel karangan aku pun tersiar di web portal Astro AWANI. Yahoooo! dot com. Alhamdulillah. Bermula dengan langkah assignment pertama tu, berita aku yang lain pun menyusul. 






Tapi....


Hari ni, dah nak masuk 6 artikel aku hantar tapi 2 je yang tersiar setakat ni. Haha 😁. Hmm bolehlah dari 0. Tak kisahlah, yang penting aku dapat juga rasa pengalaman jadi wartawan (walaupun wartawan jadian) dan pernah menulis dengan saluran berita 24-jam No.1  di Malaysia ni. 

Apa yang aku cari bila join AWANI rangers?  Kepuasan menulis.





Comments

Popular Posts