Ronaldo


Gambar Hiasan- Foto kredit Pixabay

Hari ni aku bukan nak cerita pasal pemain bola tetapi seekor ayam jantan yang diberi nama Cristiano Ronaldo. Nama glamour panggil Ronaldo je.

Mak aku yang bagi nama Ronaldo. Bila masa mak aku minat bola sepak aku pun tak pasti. Sebelum nama Ronaldo, ada lagi calon nama-nama lain iaitu Hitler dan Dicaprio. Semua nama orang putihs.

Aku tak sempat nak bagi nama sebab mak aku dah cop nama tu dulu. Kalau aku yang bagi nama, aku nak namakan ayam tu The Rock sebab sado macam ahli gusti dan mesti suka memekak pagi-pagi macam Rockers.

Nenek aku yang hadiahkan Ronaldo kepada kami sekeluarga. Ronaldo terpaksa rela tinggalkan 5 ekor bini dan anaknya yang ramai itu di reban kat rumah nenek aku di Kelantan untuk berhijrah ke ‘banglo’ yang dibuat khas untuk kaum kerabatnya nanti di Terengganu.

Ronaldo diletakkan di dalam sangkar kucing dan bonet kereta Triton ayah. Ayam tu tak duduk diam dan asyik ternganga sebab panik. Mungkin ia berasa pelik dan terfikir, ‘reban’ jenis apa yang boleh bergerak dan berenjin ni.

Tapi malang tak berbau, kalau berbau mungkin boleh elak bila tiba-tiba ada roadblock dan kereta kami ditahan polis di sempadan Kelantan-Besut.

Masa tu wabak selesema burung tengah menyerang negeri Kelantan. Jadi ayam-ayam dari Kelantan tak boleh terlepas masuk ke negeri lain. Kena kuarantin.

Jadi Ronaldo turut bakal dirampas kerana disyaki ada selesema burung. Selesema apanya, ayam tu tak bersin pun.

Ayah aku turun dari kereta untuk mengisi, tak pasti borang apa. Polis dan Vet perhati je Ronaldo yang tengah cuak dalam sangkar.

“Tolonglah encik, janganlah ambil ayam tu. Saya baru je lepas bagi nama Ronaldo kat dia.” Rayu mak aku tanpa menyedari nama Dr Veterinar yang berdiri sebelah polis tu memakai tag nama Roland, nak dekat sama dengan nama Ronaldo si ayam.

“Maaf puan, kami terpaksa ambil juga ayam tu demi kesejahteraan rakyat dan negara…” Kata Roland.

“Betul ni nak ambil sebab kena kuarantin selesema burung? Bukan dihantar ke KFC?”

“Ya puan, betul puan..” Kata Roland lagi.

Akhirnya Ronaldo diambil pergi dan kami semua bye bye kat dia. 

Comments

  1. Gelak x blh bwk bincang... best bace blog awak ni.. thanks! Tulis lg tau, jgn berhenti

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts