Kerana membaca itu nikmat yang tak dapat didustakan.




Nak dekat seminggu aku berkurung dalam rumah. Tengah pulun habiskan semua buku-buku cerita yang berderet di rak tu.  Nanti di Pesta Buku Antarabangsa KL, aku nak shopping sakan lagi. 

Bagai nak rak aku baca sampai rak buku pun patah, mungkin tak tahan dah menampung buku-buku yang banyak tu. 

Masa kecik-kecik

Aku suka membaca sejak kecil lagi, sejak reti membaca masa tadika dulu. Aku baca apa saja termasuk sari kata TV dan papan tanda seperti ‘Awas, lembu melintas’ di bahu jalan walaupun merangkak mengeja masa tu. 

Aku ingat lagi, buku cerita pertama yang buat aku khusyuk betul baca adalah Pak Pandir. Lepas tu kisah-kisah nabi dan cerita-cerita Al-Quran dan Abu Nawas. 

Aku mula serius dengan buku cerita darjah dua. Darjah tiga, mula baca novel tebal-tebal. Aku selalunya pinjam kat library sekolah. Situlah port aku lepak bila waktu Rehat lepas makan. Masa tu banyak buku-buku terbitan DBP je kat library sekolah rendah aku tu, bukan variasi macam sekarang. 

Bermula dengan buku cerita nipis, komik, majalah, buku cerita… Akhirnya memotivasikan aku untuk baca buku-buku pelajaran dan akademik juga. 

Sekolah Menengah 

Lepas tu aku masuk sekolah sains. Tapi subjek kegemaran aku berbentuk cerita seperti Bahasa Melayu (BM), English, sejarah dan Pendidikan Islam. Itulah subjek yang aku skor dan pernah jadi pelajar terbaik. Subjek kira-kira hampeh dan terjun ke laut. 

Momen yang paling aku tak boleh lupa masa Cikgu BM baca karangan aku depan kelas dan aku dapat tempat kedua dalam pertandingan menulis esei bahasa Inggeris.  

Kalau orang lain sibuk study subjek pembunuh seperti add math, fizik, kimia dan biologi, aku pula duduk berulit dengan buku-buku yang tak ada kaitan dengan SPM macam novel, antologi cerpen dan sirah-sirah nabi di celah-celah rak buku kat library.

Lepas SPM

Selepas dapat result cemerlang SPM, aku masuk asasi sains UiTM. Seperti stok-stok budak pandai yang lain, aku pun nak jadi doktor juga. Tapi akhirnya aku sedar yang aku lebih suka bedah buku dari bedah tikus putih gemuk yang terendam dalam formalin tu. 

 Result asasi aku hancur. Hati aku hancur. Tapi hidup mesti diteruskan dan aku meneruskan hidup dengan hobi membaca macam biasa. Tak mungkin aku boleh mohon kos medic jadi aku nak cuba media masa isi borang UPU tapi kos tu nak students aliran art stream. 

Aku minat juga laut-laut ni, jadi aku minta kos biologi marin di UMT.  Tak tahu kenapa, gerak hati aku suruh tukar sains marin as a 1st choice dan aku dapat pilihan pertama tu- sains marin di UMT. 

Ijazah pertama

Masa di UMT ni la aku menimba pengalaman rare yang aku tak mahu lupa sampai bila-bila seperti pergi berenang dan menyelam di tengah-tengah laut, terdampar di pulau terpencil dan melihat penyu bertelur. 

Semasa first degree tu jugalah aku mula menulis kecil-kecilan di Twitter dan keeping an unpopular blog ni. Minat membaca dan menulis tak pernah padam dan semakin menyala berapi-api.

Lepas graduate

Lepas tu, aku graduate dengan CGPA yang best tapi yang tak bestnya bila aku lost lepas tu. Walaupun aku enjoy belajar sains marin dalam kelas dan di lapangan tapi aku rasa loser kalau masuk bab-bab hands on dan praktikal. Aku tak mahu kerja dalam lab for the next 40 years of my life. Sampai pencen.  No!

Pandai macam mana pun kau dalam sesuatu bidang tapi kalau hati tak ada kat situ, tak ke mana juga. Tapi kalau menjanjikan big pay check, cubalah bertahan. 

Menurut artikel website yang aku lupa baca kat mana, dalam hidup ni ada tiga jenis kerja:

  • Kerja yang kita minat dan passionate tapi pendapatan rendah.
  • Kerja yang kita tak minat tapi kita ada skill dan pendapatan tinggi.
  • Kerja yang kita minat tapi tak ada skill dan susah nak dapat. 

Beruntung betul siapa yang dapat sara hidup dia dengan following her/his passion, dream dan buat apa yang dia suka dalam hidup ni. Orang-orang macam ni biasanya pencen sebelum pencen sebab dia tak rasa pun dia bekerja tapi macam buat hobi.

Puas fikir apa nak buat dengan degree sains marin aku ni, akhirnya aku decide untuk sedekahkan sajalah pengetahuan yang aku ada tu dengan rakyat Malaysia melalui penulisan. Untung-untung mengalir pahala nanti. 

Aku mula tulis artikel dan hantar ke media cetak dan elektronik. Ada yang published dan rejected. Itu biasa. 

Dipendekkan cerita sebab aku rasa aku dah banyak melalut ke lain, aku sambung master dalam bidang penerbitan di Jabatan Media, UM supaya dapat lebih dekat lagi dengan buku-buku.  Nak jadi penulis pun kena tahu juga selok-belok dunia penerbitan dan penyiaran. 

Aku sayang sangat hobi membaca ni. Bila dah selalu baca-baca, aku jadi always, always and always wanted to write. Mungkin sebab tu blog ni wujud. 

Comments

Popular Posts