Cerpen bukan fiksyen: 14 Tanda si Dia Tak Berminat dengan Anda.





           “I tak suka you, you faham tak Lea? I dah ada Nor.” kata hero yang bernama Shamsul dalam TV.

“Tapi I suka sangat kat you, Sham! Boleh tak you tinggalkan perempuan tu dan marry me please?” rayu Lea sambil cuba memaut tangan Sham tapi ditepisnya. Yalah, apa sentuh-sentuh ni. Haram kot.
Dah orang tak nak buat apa dikejar-kejar lagi? Tak berbaloi langsung suka kat orang yang tak berminat pun dengan kita. kata hati aku sambil mulut asyik mengunyah kerepek masa layan drama TV malam-malam.
Kemudian aku teringat seseorang…
***
Aku ingat lagi, masa tu ada pesta buku mini di Skyway Prince Mall. Balik dari kelas, aku singgah kejap untuk shopping buku sebelum balik rumah. Aku berjalan dari satu booth ke satu booth sampailah aku berhenti di gerai buku syarikat Lionel.
“Hai, pernah baca buku terbitan Lionel?” seorang lelaki menyapa aku, pekerja di situ mungkin.
Aku mengangguk sambil mataku meliar memerhatikan buku-buku yang tersusun di atas meja. Selalu juga la aku beli buku-buku terbitan syarikat yang orang ramai label indie atau alternatif ini. Tapi sekarang dah tergolong sebagai arus perdana kot sebab sudah diterima ramai.
Lelaki tadi asyik bercerita fasal buku-buku di atas meja dengan begitu semangat sekali. Mungkin sebab aku pelanggan pertama kot. Nama je pesta tapi tak ramai pun manusia kat situ. Tiba-tiba mata aku tertangkap sesuatu di atas meja.
Yeah! Jumpa pun. Aku terus pegang komik travelog tu, tak lepas-lepas dan begitu excited sekali. Komik ini cerita fasal 3 orang tua pergi melancong ke Singapore. Asalnya dalam bahasa Indonesia tapi diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu.
“Suka baca komik ke?” tanya lelaki itu.
“Suka. Best tak cerita dia?” aku pula tanya, syarat sah perbualan kan memang macam ni.
“Oh, ni cerita fasal jalan-jalan di Singapore. Nak pergi Singapore ke?”
“Taklah, sebenarnya saya pernah baca komik ni. Sebelum ia terbit lagi.” kataku sambil mengulum senyuman penuh makna.
“Hah?” Dia blur.
“Kalau awak nak tahu, saya la yang terjemah komik ni.” Aku terus-terang je la. Dulu, aku pernah kerja dengan syarikat ni sebagai freelance translator.
“Awak Zafirah eh? Hahaha, Apasal tak cakap awal-awal?” Dia terkejut, menatap muka aku macam tak percaya sebelum ketawa. OMG, dia masih ingat!
“Saja nak buat surprise. Awak Herman kan? Editor tu?”
Dia mengangguk bersama senyuman terukir di wajahnya. Fulamak, tak tahu pula editor merangkap bos aku ni kacak rupawan. Sebelum ni kami cuma berhubung melalui e-mel dan telefon. Tak pernah bersua muka pun. Aku bayangkan bos aku ni kepala botak, boroi, pakai spek tebal dan gigi rabbit.
Di situ la aku jumpa dia…  
Mula-mula, aku tak ada rasa apa pun kat dia. Tapi lepas 4 kali jumpa, telefon, wasap walaupun bukan selalu, rasa terpikat la pula. Jadi, bermulalah misi aku; projek mengurat dia.
Kadang-kadang kami berbual, berjumpa dan ketawa sama-sama.
Aku tak adalah mesej hari-hari sebab takut nanti dia rasa aku ni creepy bitch mengalahkan puntianak sundal malam yang tak ada life pula. Adalah dalam seminggu atau sebulan sekali, just to keep in touch dan tanda yang aku masih hidup.
Dulu aku masih boleh makan kenyang, tidur mati dan mandi sambil basuh bilik air dengan tenangnya walaupun uninstall WhatsApp selama 6 bulan.
Sekarang, rasa tak lengkap pusingan bumi 24 jam kalau WhatsApp buat hal lagi dalam phone.  Aku selalu nak berkepit dengan phone dan check WhatsApp, kot-kot ada mesej dari dia (walaupun selalunya aku yang start dulu).
Aku tak boleh stop smiling bila tengok nama dia tertera di skrin telefon pintar aku. Ah, macam ni rupanya perasaan bila dilamun suka. Rasa macam nak senyum kat semua orang dan benda. Sampai kucing pun lari sambil tunjuk batunya bila tengok aku senyum kat tiang.
Sedar-sedar dah nak dekat setahun kami kenal. Hasilnya? Tak ke mana dan aku mula sedar sesuatu. Selama ni aku hidup dalam penafian.
Asyik-asyik aku je yang cuba memulakan perbualan atau WhatsApp dia. Dia balas pendek-pendek (kadang-kadang je panjang). Dan aku selalu kena bluetick.
Aku selalu bagi pickup-line atau hint yang aku syok kat dia. Orang bodoh je yang tak faham atau mungkin dia faham tapi buat bodoh je. Aku selalu defend perlakuan dia terhadap aku dengan anggap dia busy ke, pemalu ke atau tak tahan nak berak setiap kali aku di-bluetick-kan. Aku dah tak nak hidup in denial macam tu lagi.
Aku suka baca artikel-artikel di laman web Thought Catalog sebab rasa macam baca kisah hidup sendiri. Aku ada baca artikel (asalnya dalam bahasa Amerika tapi aku Melayukan) yang bertajuk ‘14 Tanda si Dia Tak Berminat dengan Anda.’
Separuh tanda-tanda itu ada pada Herman. Akhirnya aku sedar yang banyak perlakuan dia tu, menunjukkan yang dia tak berminat pun dengan aku.
Mungkin dia cuma letak aku dalam zon kawan atau lagi menyedihkan zon pelanggan sebab antara momen manis yang aku ingat fasal dia ialah dia pernah mula mesej aku dulu; just untuk jual baju t-shirt dengan harga RM 35 sehelai. Ya, aku rasa aku kena customer-zone.
Lagipun, orang lelaki ni sifatnya fighter. Kalau dia serius nakkan sesuatu, memang dia akan berjuang habis-habisan termasuk dapatkan perempuan yang dia nak. 
Tak apalah, hati dan perasaan kan tak boleh dipaksa-paksa. Aku cuba bagi space dan hormat perasaan dia. Jadi aku pun slowly step back dari hidup dia dan cuba move on. Fokus dengan hidup sendiri. Lebih baik sayangkan diri sendiri dari minta orang sayangkan kita.
Lagipun, betul ke aku betul-betul sukakan dia? Atau itu cuma infatuation?  Sebelum minta hati orang, cuba fahami hati sendiri dulu. 

Comments

Popular Posts