Jangan ada Mentaliti Pengemis



Aku klik link yang membawa aku ke trailer filem Di balik 98 di YouTube. Filem dari Indonesia ini memaparkan rusuhan pada tahun 1998 yang berlaku di seberang sana akibat masalah ekonomi dan krisis kewangan.

Apa yang aku baca, peristiwa itu sangat sadis dan mengerikan sampai tak sanggup nak meneruskan pembacaan. Sesetengah pihak yang berasa tidak puas hati dan kononnya berasa ‘tertindas’ melakukan pemerkosaan, penyeksaan dan pembunuhan dalam rusuhan tersebut untuk tunjuk protes.

Jenis aku, suka tengok video sambil baca komen-komen kat bawah tu.

Aku tertarik dengan satu komen yang lebih kurang berbunyi begini (aku tulis balik dalam versi aku):

“Kenapa sih para pengemis, dan fakir miskin diangkat sebagai hero dan digambarkan orang baik-baik serta sopan santun dalam filem? Apa kalian bodoh atau tidak tahu? Ayuh, turun di jalanan dan lihat sendiri mereka ini depan-depan. Realiti dengan filem tak sama.

Orang-orang seperti ini la yang kurang ajar, tidak sopan dan keras kepala. Bukan semua tapi majoriti begitu. Datang ke kota dengan mentaliti MALAS. Mahu hidup senang tapi malas berusaha. Lepas tu asyik menyalahkan keadaan dan mendesak-desak supaya memberi kesenangan material pada mereka. 
Sampai di kota, mencuri, curi kabel, buang sampah merata-rata, ambil tempat orang untuk berniaga dan mengganggu orang. Bila diusir, mereka main kasar, fitnah, kerjakan tuan tanah tersebut, guna agama segala, bahkan ada yang sampai aksi kriminal.
ALLAH itu maha adil, orang-orang seperti mereka tidak akan diberi kesempatan untuk hidup senang apatah lagi jadi pemimpin kerana miskin pun dah berbahaya apatah lagi kalau sudah kaya dan berkuasa. 
Dan ALLAH tau siapa yang mahu berusaha, yang mempunyai sifat baik, yang tidak mahu ganggu orang lain dan jadi manusia yang baik selayaknya di filem. Biasanya yang baik begitu dia akan naik ke atas. Itu hukum KARMA. 
NAH itu fakta di jalanan. SIAPA yang tidak pernah merasakan.” Tulis tukang komen tersebut menceritakan kenyataan sebenarnya.

Adakah ini benar? Aku tak berani nak kata betul ke tak sebab aku tiada si sana dan tidak berada di tempat mereka. Tapi dengan kuasa teknologi yang ada pada hari ini, aku google la dan banyak artikel terpapar mengenai masalah ini di negara seberang.

Ah, tak perlu tengok jauh-jauh. Aku cuba renung-renungkan diri ini, orang-orang terdekat dan apa yang berlaku dalam negara aku ini.

Nenek aku, orang kampung panggil Mak Aji. Mak Aji ini nampak biasa-biasa je, tapi duit berkepuk-kepuk, tanah berekar-ekar dan terkenal dengan sifat dermawan selain warak. Mungkin sebab beliau suka memberi dan menolong orang susah, rezekinya tidak pernah putus. 

Tapi ada sesuatu yang dirunsingkannya. Dari anak, menantu sampai ke cucu (bukan semua) selalu minta duit kat dia walaupun mereka dah dewasa dan mampu bekerja tapi tak bekerja. Mereka buat nenek aku macam mesin ATM.

Aku seboleh-bolehnya tak nak mengata mereka sebab takut kata-kata itu terpantul kat aku balik. Aku masih lagi belajar sekarang tapi selalu terfikir fasal kerja, cari duit dan masa depan. Aku pun struggle juga ni. Fighting with the demons dalam diri.

Grow up, Zafirah. Dewasa tu bila kita mampu cari duit dan sara hidup sendiri tanpa bergantung pada sesiapa. Apa yang bestnya bila mengharap dan meminta-minta duit orang? Mesti ada rasa tak bebas, kena cemuh dan orang pandang hina kan?

Fuhh, minta Tuhan jauhkan aku daripada kehidupan macam tu. Aku tak nak hidup menyusahkan orang terutama orang tuaku. Biarlah mereka berehat dan beribadat dengan tenang di usia senja ini. Kalau boleh aku pula nak memberi pada mereka dan tolong orang-orang susah. Kerana, kebahagiaan itu hadir bila kita memberi. Aku teringat pesan Nabi s.a.w., “Tangan di atas itu lebih baik dari tangan di bawah.”

Ada jiran sebelah rumah nenek aku, dari satu ke generasi ke generasi, kemiskinan terus diwarisi sampai ke anak cucu. Aku selalu dengar mereka anak-beranak bergaduh sampai satu kampung dengar sebab laparkan duit semuanya. Ada yang bekerja sebagai pengemis di masjid atau bandar-bandar.

Masalahnya, ini bukan soal kaya miskin dan ‘oh sudah nasibku miskin begini’ tapi MENTALITI. Mentaliti pengemis ni orang yang suka meminta-minta tidak kira orang itu kaya atau miskin. Mahu hidup senang tapi malas berusaha. Mahu kaya tapi malas bekerja. Mahu bahagia tapi malas beribadah.

Mentaliti macam ni banyak beri masalah seperti korupsi, mencuri, menyusahkan orang dan menipu. Sudahlah melanggar perintah agama, bila ditimpa musibah pun, tetap menagih kemurkaan Allah. Asyik mengeluh sana-sini malah berperangai sandar-menyandar pada orang lain untuk menyelesaikan kerja mereka dan gemar meminta-minta tanpa berbuat sesuatu untuk kebaikan dan mengubah diri. Nabi s.a.w. pun larang umatnya meminta-minta.

Kemiskinan bukanlah sesuatu yang mengaibkan dan boleh diubah dengan izin-Nya asalkan kita sanggup berusaha mengubahnya sendiri.Takdir bukan sesuatu yang pegun dan tidak dapat diubah. Bukan tiada jalan keluar. Tanamkan dalam diri; biar miskin, pantang mengemis!

Comments

Popular Posts