Marketing dalam hidup aku




Dulu aku kurang minat bab-bab marketing ni sebab aku ingat marketing ni is all 
about jual beli produk-produk macam TV, kereta dan chewing gum.


Rasa nak hempuk juga diri ini sebab pilih marketing untuk topik dan tajuk tesis master aku. Sudahnya, aku asyik lari-lari je dan avoiding my thesis. Dah tahu tak minat, kenapa pilih topik tu?
Aku nak kerja suatu hari nanti. Walaupun aku kata tak minat sangat business things ni, dunia pekerjaan hari ni memang berputar keliling tu.  Lagipun Nabi S.A.W pernah bersabda yang 9/10 punca rezeki datang dari perniagaan dan baginda seorang peniaga yang hebat.
Lagipun senarai orang-orang terkaya dalam majalah Forbes tu kebanyakannya usahawan atau buat bisnes. Aku bukanlah nak termasuk dalam senarai 40 orang terkaya dunia. Aku tak hairan pun dengan Lamborghini, yatch, bodyguard sado 4 orang dan jet peribadi.
Aku cuma perlukan duit untuk survive dalam kehidupan yang sementara ini. Dan nak duit, kena kerja. Tapi kerja apa?
Buka Jobstreet atau any website fasal kerjaya, bersepah iklan kerja kosong yang berkaitan dengan business, management, marketing dan lain-lain. Ada seorang businessman dengan pendapatan 7 angka sebulan bagi nasihat yang berbunyi begini,
“Dari duduk sibuk baiki resume, baik pergi asah marketable skills macam sales, marketing dan lain-lain sebab resume is bullshit.” katanya dalam bahasa omputeh tapi aku melayukan.
Untuk ijazah master aku ni, aku ambil bidang penerbitan di jabatan media. Aku suka benda-benda unconventional macam art, history, culture dan sastera. Aku selalu berangan nak jadi penulis dan cuba kejar cita-cita tu sebab aku ni loner dan pembaca tegar. Bila suka membaca, automatik rasa nak menulis tu ada.
Tapi itu dulu, sekarang aku dah tak sure lagi. Cita-cita kerjaya penulis tu masih tersemat dalam hati tapi mungkin sebagai hobi atau freelance kot. Bukan full-time.
Sebab kalau sepenuh masa, aku kena sanggup untuk hidup di bawah paras kemiskinan tegar di Malaysia ini. Pendapatannya agak menyedihkan dan you have to find the secondary job. Memang ada yang berjaya buktikan boleh hidup dengan menulis sepenuh masa tapi tak ramai dan kerjaya ini mungkin bukan untuk semua orang. Bukan semua orang boleh senasib dengan J.K.Rowling atau Ramlee Awang Murshid walaupun tak mustahil kalau nak.
Di samping itu, aku kena cari hobi lain sebab hobi dan kerjaya dunia yang berbeza. Kerja untuk dapatkan duit, hobi pula menghabiskan duit untuk buat benda yang kita suka.
Walaupun aku tak suka duit, aku memang tak boleh hidup tanpa duit.  Aku tak boleh kot hidup in bohemian way macam tu; artsy, miskin dan romantik walaupun it’s cool. Tapi sekarang gaya hidup macam tu dah jadi trend. Biarlah, itu pilihan hidup masing-masing dan apa pula pilihan yang aku ada?
Aku teringat filem Into the wild. Kisah seorang lelaki fresh grad dari Universiti yang keluar mengembara sampai ke Alaska bagi mencari makna kehidupan. Sebelum tu, dia lari dari rumah, rosakkan kereta, bakar duit dan kad kredit.
Mula-mula dia rasa tenang bila hidup dalam hutan di Alaska tapi baru dia tahu yang nature can be harsh and not so caring. Dia juga baru sedar yang kebahagiaan sebenar bila kita berkongsi dengan orang lain. Dia rasa sunyi, rindukan keluarga dan kawan-kawan. Akhirnya dia mati mereput dalam hutan tu.
Impiannya hampir sama dengan aku dan kisahnya beri pengajaran kepada aku.
Banyak juga alasan yang aku create ini sekali gus melanggar prinsip dan jiwa muda aku yang free spirit. Aku kena terima hakikat yang aku dah dewasa dan sedang menghadapi quarter-life crisis. Suatu hari nanti, aku akan ada komitmen dan kena be prepared. Aku tak boleh fikir untuk masa sekarang tapi untuk jangka masa panjang juga.
Adulting means, boleh sara hidup sendiri, bertanggungjawab dan hidup untuk orang lain.
Jadi, aku nekad nak habiskan tesis master ni, cari kerja, bekerja dan grow up.
Tapi aku tak nak siap tesis semata-mata. Aku nak learning dan kaitkan dengan real life. Apa gunanya berilmu pengetahuan kalau tak beramal. Aku cuba sehabis daya untuk refresh niat belajar aku.
Aku mula sedar yang aku susah nak tenang, chill dan puas hati dengan apa yang ada sebab mungkin aku asyik mengejar pencapaian diri. Hidup ini bukan berputar keliling kita je.  
Masa tengah research untuk tesis ni, baru aku tahu yang marketing bukanlah fasal jual TV je tapi juga melibatkan proses kehidupan seharian kita. Nak kerja? Naik pangkat? Popular di media sosial? Kita kena pandai market diri. Malah nak jual idea/informasi kepada publisher pun, kita kena pandai market.
Aku sebenarnya nak cerita fasal marketing like theory marketing mix. *Terus menguap luas-luas. Tapi entah kenapa aku melalut sampai ke life-reflection. Biarlah, kurang-kurang aku rasa lega lepas dapat luahkan apa yang terpendam selama ni. 

Comments

Popular Posts