Nak kerja apa lepas ni?


Tadi aku telefon ibu sebab ingatkan hari ni Jumaat (weekend di Terengganu), rupanya Khamis. Nada suara ibu ceria memberitahu yang Ibu ambil pencen awal iaitu bulan depan. Aku happy untuknya sebab ibu selalu cakap nak pencen, memang sudah masanya ibu aku berehat dan anak-anak pula bekerja tolong ibu bapa.

Pada masa yang sama,  ada rasa insecure dengan masa depan aku yang tak berapa pasti lagi. How about me? Aku nak kerja apa lepas habis belajar nanti? Boleh ke survive dan cari duit sendiri? Itulah antara persoalan hidup yang selalu bermain di fikiran aku.

Dunia pula makin hari makin mencabar, bergerak laju dan tak akan tunggu orang malas. Walaupun ibu bapa aku dah tua dan tak larat nak kejar dengan teknologi yang selalu berubah-ubah ni, banyak perkara yang aku boleh belajar dari mereka. Tentang hidup, kewangan, karier dan pengurusan harta.

Kata seorang ustaz yang aku dengar kat mana-mana, 

“Walaupun ibu bapa kita tak bersekolah tinggi, celik IT atau apa yang mereka buat tu dah tak relevan dengan zaman sekarang, mereka banyak makan asam garam hidup dan menjadi teladan kepada kita. Saya lihat ramai anak yang pandang lekeh pada orang tua masing-masing. Sebab tu la banyak masalah rumah tangga, kewangan dan hidup. Belajarlah dari orang tua kita macam mana nak uruskan rumah tangga, mencari nafkah dan hormatilah mereka.”

Aku ambil keputusan untuk berhenti fikir bukan-bukan dan menakutkan diri sendiri. Sometimes, ketakutan itu tak berasas. Lagipun bak kata Prof Muhaya, dikhuatiri ketakutan itu membawa kepada syirik sebab takutkan sesuatu selain Allah. Ah, asyik runsing dengan dunia, bagaimana pula dengan masa depan aku di akhirat nanti?

Jadi aku teruskan hidup dan yakin bahawa ada Tuhan yang sedang memerhati, menjaga dan melindungi aku. Tuhan, berilah aku pekerjaan yang best, terbaik untuk aku, boleh memberi manfaat kepada orang ramai dan aku nak ada pendapatan sendiri.

Lagi satu, pensyarah di Akademi Seni dan Warisan (ASWARA) pernah pesan yang kalau minta rezeki ke nak kaya ke dengan Tuhan, jangan lupa minta keberkatan sekali.

Hari tu aku masuk ASWARA kejap, selama sebulan sebab ada program Creative Accelerator. Bank Rakyat hantar suruh pergi belajar digital marketing, creative multimedia dan entrepreneurship kat situ.

Sekarang benda-benda digital ni bukan lagi pilihan tapi keperluan atau kewajipan. Kita dah masuk Revolusi Industri 4.0 atau zaman awal robot.

Lebih 50% kerja sekarang dah diambil alih oleh mesin, robot, internet. Masalah pengangguran atau tak ada kerja bukan lagi dialami dan dilema oleh 300,000++ graduan U tetapi juga orang yang dah lama bekerja, sesetengah orang yang tengah bekerja pun rasa insecure dan mula panas punggung sebab takut kena buang. 

So kerajaan ke tak kerajaan ke tengah cari jalan how to create the job. Dijangka baby-baby yang baru lahir sekarang mungkin akan bekerja dalam pekerjaan yang tak wujud, tak pernah dengar lagi sekarang tapi akan ada pada masa depan nanti. 

Kerja-kerja berkemahiran rendah dan operasi pun, mungkin teknologi yang buat nanti. Pendatang asing yang biasanya bekerja 3D- Dangerous, Dirty and Demeaning , mat-mat bangla  yang kita duk pandang slack selama ni, dah mula take over business di negara kita. Buka kedai kain, kedai runcit dan kedai makan.

Kerja apa je yang ada sekarang? Buka Jobstreet, bersepah kerja kosong berkenaan IT.
Semua industri tak terlepas terima tekanan daripada perubahan ini. Kalau tak nak berubah atau tak boleh nak adapt, lingkup la bisnes nanti. Bank pun tak nak ketinggalan jadi mereka berusaha untuk bergerak ke arah digital juga. Tak main dah isi borang pakai kertas-kertas yang leceh itu.

Para peserta Creative Accelerator tu datang dari macam-macam background bidang. Ada yang ambil kos multimedia, politik, pendidikan, IT tapi kebanyakannya bidang banking la. Mereka mungkin akan diserap masuk ke mana-mana cawangan bank lepas ni. 

Semua peserta berentap bersaing nak dapat tempat dalam bank tu. Aku pula macam tak berapa minat lagi dengan sektor perbankan, jadi bank lepaskan aku dengan cara baik.

Lagipun, aku ada impian lain…

Masa hari last program tu, aku ada terserempak dengan encik Jazmi, dekan fakulti Animasi dan multimedia di ASWARA. Beliau juga merupakan ahli teknologi yang diiktiraf di Malaysia. Aku tengok kan, dekan kat sini muda-muda. Kalau kat U aku, dekan tua-tua. Ah, tak kisahlah tua ke muda. Kalau layak, why not?

Encik Jazmi dapat tahu aku suka menulis dan ada blog! Ada 4 orang report kat beliau. Itu antara sebab kenapa aku berazam nak tulis benda baik-baik je dalam ni.Di alam virtual tanpa sempadan ni, macam-macam boleh jadi. Anyway, terima kasih sangat kat orang tu sebab tolong market my blog yang tak seberapa ni.

Katanya, syarikat media gergasi di negara kita tengah pening fikir fasal content producer (aku pun baru nak google apa benda tu). 


"A Content Producer is someone who writes for websites – from news stories and blogs, to product descriptions and auditing existing content, all the while ensuring that corporate content strategy is properly implemented."
                        Sumber: Careers24.com 

Zaman internet ni, “Content is the King”. Dulu masa internet baru nak up, orang gelak kat Bill Gates sebab cakap macam tu. Sekarang maybe orang tu dah terdiam. Cumanya, money is the Queen Control. Semua bisnes ada duit keluar-masuk. Kalau tak, macam mana nak beroperasi. Even nak guna tandas awam pun kena labur 50 sen.

Aku pun cakaplah kat encik Jazmi yang aku berminat nak masuk line media, creative industry cuma tengah venture out lagi media jenis apa yang aku nak join. Antara impian kecil aku, aku nak cari experience macam-macam dan ada many stories to tell the people.

Aku suka menulis, playing with words dan contribute idea, cuma rasa insecure sebab siapa sebenarnya audiens aku? Orang zaman sekarang kebanyakannya makhluk visual, lebih suka tengok video, gambar-gambar. Who cares about text panjang-panjang? People don’t read anymore.

“Jangan cakap macam tu… Just do it. Macam kami di sini, kami collaborate dengan fakulti penulisan, teater. Diorang bagi skrip, cerita dan idea, kami buat animasi. Teknologi datang dan pergi tapi content memang orang selalu nak.” kata Encik Jazmi.

Cukuplah sampai sini dulu. Aku nak merapu benda lain pula. Nanti aku cerita apa benda program Creative Accelerator ni. Insya-Allah. 

Comments

Popular Posts