Pengalaman pergi Pulau Pangkor (Part 1)


Aku dah lama nak pergi Pulau Pangkor. Sebab terpengaruh dengan novel seram yang aku baca, latar tempat di kubu Belanda tu. 
Dulu pernah ajak ayah pergi Pulau Pangkor, nak tengok rupanya macam mana. Masa tu kami sekeluarga dah sampai Manjung, Perak.
Ayah kata okay, lalu pusing-pusing kereta keliling jeti dan tengok pulau tu dari jauh sebelum balik. Huhu.
“Pulau Pangkor? Pantai Penarik belakang rumah kita tu 1000x lagi cantik tau!” kata ayah. Betul kata ayah, nanti aku cerita kenapa.
Sebelum pergi Pulau Pangkor
Dua tahun kemudian, hajat aku nak tinggalkan jejak kaki di Pulau tu termakbul bila aku join Program Pangkor Fantasy sebagai peserta dan pelancong. Program ni macam voluntourism dan dianjurkan oleh students UM.
Kami dijangka bertolak pukul 5 pagi. Malam tu, aku tumpang tidur bilik member di kolej XX. Dipendekkan cerita, kami pun bertolak la pukul 5 pagi naik bas.
Lepas solat subuh, perjalanan diteruskan lagi. Tiba-tiba…
Bang! Bunyi macam ada benda meletup, rupanya tayar bas pecah masa tengah gerak atas jalan raya tu. Semua seisi bas panik kecuali driver bas dan penumpang yang masih tidur mati, tak sedar apa-apa.
Bas berhenti di stesen minyak dan semua orang turun dengan muka baru bangun tidur dan mengantuknya. Nak dekat dua jam kami tersadai kat situ sementara tunggu tayar bas ditukar ganti dan okay balik. Tak apalah, benda dah jadi, nak buat macam mana. Yang penting semua selamat. Alhamdulillah.


Di mana~kan ku cari ganti tayar bas


Selepas tu, kami sampai di Jeti. Lepas semua dapat tiket, kami pun masuk ke dalam perut feri tu. Aku duduk di sebelah Chloe, student law. 
Borak punya borak, baru aku tahu yang Chloe ni adventurous dan pro-environmental orangnya. Dia minat sungguh dengan environmental law dan rancak bercerita fasal kes-kes penderaan haiwan yang dia belajar kat aku.
Wah, kagum betul aku dengan dia ni. Aku pun tak nak kalah so aku barter trade cerita pengalaman aku masa belajar sains marin dulu.
“Hah! You ada lesen skuba? Macam mana nak buat tu?”tanya Chloe dengan muka bersungguh dan teruja. Memiliki lesen skuba merupakan salah satu bucket list dia selain skydive, berjalan atas jambatan kaca dan aktiviti lain yang merembes adrenaline. “Life is too short” katanya.
Kalau rajin nanti aku cerita pengalaman skuba pula.
Sampai di Pulau Pangkor


Hehe, sampai juga aku kat sini. Alhamdulillah.
Papan tanda ‘Selamat Datang ke Pulau Pangkor’ menyambut kedatangan kami. Bau asin air laut dan ikan kering menerobos masuk ke dalam lubang hidung. Pangkor, aku datang ni~
Van-van kaler pink tunggu kat depan jeti dan mengangkut kami sampai ke resort. Lepas lunch, solat, kami berkumpul di lobi untuk taklimat.
Tengah hari tu, ada outreach activities di Sekolah Hwa Lian. Sampai-sampai tu, semua kids tengah duduk beratur-teratur di dewan. Cute.
Aku dengan 5 orang lagi Malays ternganga dan blur jugalah dengar mereka dan pihak urus setia spoke Chinese. Tak faham, subtitle please… Apa pun, organizers still try their best untuk memahamkan kami.
Jade, salah seorang peserta perempuan yang wajahnya mirip actress Hong Kong datang peluk bahu aku. “It’s okay, let me interpret it for you.” Selain jadi subtitle tak rasmi, dia juga ajar aku sepatah dua tiga bahasa cina. Thanks, Jade. 
Antara aktiviti yang diadakan di sekolah tu adalah buat homemade sabun dan DIY aroma candles. Semua ni dari bahan-bahan terpakai dan boleh pakai balik. Lepas tu ada kuiz fasal alam sekitar. Aku pun sibuk angkat tangan nak jawab, kacang aihh soalan. Yalah, dah soalan untuk darjah 4.
Aku enjoy betul dan have fun tengah hari tu.
Sepetang di Pulau Pangkor
Petang tu, aku nak menyendiri dengan berjalan-jalan tepi pantai. Lepas huhahuha dengan orang ramai, I really need a me-time untuk cas bateri sebab aku sebenarnya introvert tegar. Do. not. disturb.
Aku ambil tempat duduk bawah pokok sambil melihat gelagat pengunjung di tepi pantai tu. Ada yang berenang, berkayak, dan bina istana pasir. 



Aku try survey harga-harga game, barang dan makanan yang ada kat situ. Banana boat-RM20, tikar-RM3 dan satu kon aiskrim boleh mencecah RM5! Hmm, siapa kata duit tak boleh beli kebahagiaan. Aku tengok tak ada pun orang menangis masa naik jet ski.
Betul kata ayah, air laut kat situ hitam dan macam berselut pun ada. Tapi itu tak menghalang orang ramai untuk datang berlibur. Cuti-cuti macam ni even weekend pun, semua resort penuh.

To be continue…

Comments

Popular Posts