Kenapa Kita Perlukan Duit?




Sedar-sedar je, dah seminggu rupanya aku join program Talent Rakyat dan belajar kat ASWARA tu. Bank Rakyat sponsor semua.
Bank hantar suruh pergi belajar digital marketing seterusnya jadi orang yang berguna kepada bank, rakyat, negara dan agama.

Selain marketing dan media, aku turut belajar macam mana nak design web, skrin dan coding. Tapi tak adalah sampai expert, kelas pun baru seminggu berjalan. Makan masa tu nak praktis dan kena kerja keras la nak master benda-benda tu. 

Paling aku wow bila ada instructor tu tunjuk website company dia yang dah mencecah jutaan views dan menjana ribu-ribu ringgit. Rupanya blogspot ni cap ayam je. Huhu. Setakat buat tulis-tulis diari boleh la. Sekarang orang dah guna wordpress, wix.com blabla. 

Instructor tu nasihatkan aku, jangan tengok RM dan Dollars lagi tapi usaha bangunkan content dulu. Tulis dan post blog tu 10x sehari for beginning. Terus aku tersandar kat kerusi. Nak tulis satu post ni pun semput. 
Setakat ni, banyak perkara yang aku belajar dan ‘Ooo, baru tahu ni’. Takkan belajar saja? Mestilah kena amalkan, itu yang orang panggil ilmu. Jadi aku nak beramal dengan cerita sikit la apa lesson learnt yang aku dapat. 
Jadual kelas boleh tahan padat, tapi best. Semua kelas best tapi…
Dalam banyak-banyak kelas, ada dua kelas yang betul-betul menarik perhatian aku. Tapi aku cerita satu dulu. Satu-satu, okay?
Kelas Idea development.
Suatu pagi, aku berlari tak cukup tanah pergi Fakulti Animasi dan Multimedia. Bukan sebab lewat, ada 15 minit lagi sebelum kelas mula tapi sebab aku tak breakfast lagi. Bila tak breakfast, sel-sel otak tak berhubung macam dalam iklan susu tu. Crying like a baby sebab lapar nanti.
Sampai dalam kelas, pengajar tak sampai lagi jadi lepas letak beg aku melencong pergi kafe. Lepas makan kenyang-kenyang, aku balik semula dalam kelas. Pagi tu, ada kelas Idea Development.
Tak lama lepas tu, ada seorang lelaki segak berbaju Melayu hijau pudina, berjanggut nipis dan tidak berambut atau dalam bahasa terus terangnya, botak melangkah masuk ke dalam kelas.
Selepas siap adjust slides dalam smartphone, beliau berdiri kat depan skrin projector dengan wajah yang serius.
Kemudian dia tulis… Arial 12, double spacing dan RM 150 di papan putih.
“Apa dah jadi dengan assignment korang yang banyak tu masa belajar di Universiti dulu?” tanya beliau sambil mengetuk papan putih tu.
Semua students terdiam krik krik mendengar soalan itu sambil mengenang assignment di rumah yang sudah menjadi artifak dari masa silam.
“Kenapa tak buat duit dari situ? Tahu tak, assignment kamu tu boleh jadi bahan untuk tulis artikel? Then jual la kat mana-mana majalah ke. Majalah dah nak pupus? Hantar kat media lain.
Sebenarnya, orang-orang bank ni nak tengok apa value yang kamu semua dapat dari belajar bertahun-tahun kat Universiti tu. Kalau you belajar kos politik, filem, banking, IT then apa yang you boleh offer kat diorang?”
Beliau pun memperkenalkan dirinya siapa. Nama beliau Arnold Schwarzenegger (tak mahu bagi nama sebenar). Encik Arnold ni konsultan, usahawan, businessmen, pengasas persatuan, penulis dan macam-macam lagi la kerjanya.
Dia sepatutnya busy tapi dia tetap datang meluangkan masa dengan kami bagi berkongsi idea, pengetahuan dan brainwash otak-otak bekas students yang dah lama tak berbasuh ni.
“Kenapa kita perlukan duit?” lagi sekali Encik Arnold melontarkan soalan simple tapi tricky.
“Nak beli barang, untuk hidup, makan dll.” kata students.
Encik Arnold menggeleng kepala.
“Duit ni tukaran masa. The ultimate purpose of duit adalah… membeli masa. Contohnya, ada dua situasi.”
Situasi A
“Mak, Boboi lapar. Nak nasi?”
“Okay, Mak pergi tanam padi kejap. Tunggu 6 bulan nanti baru boleh makan nasi.”
Situasi B
Emak Boboi pergi beli beras di kedai runcit atau lagi cepat beli nasi bungkus di warung Cik Kiah.
Duits
“Kalau kita, mestilah pilih B kan? Tu la gunanya duit. Yang penting bukan soal duit tapi kita sebenarnya mahukan kehidupan yang baik dan serba cukup. Kita nak hidup tenang-tenang dan itulah nikmat paling mahal dalam hidup ni. Ada orang tak kira kaya atau miskin susah nak hidup tenang. Jadi, betul ke duit tu jaminan kebahagiaan? Okay, siapa orang paling kaya dan terkenal di Malaysia sekarang ni?”
“Sajat, Wak Doyok, Safiey Ilyas, terlajak laris…” jawab students.
“See? Sedih saya mendengarnya. Kita kenal orang-orang macam tu je. Orang-orang macam tu nampak berjaya di pandangan mata kita. Sebab apa? Mereka kaya. Walaupun post benda-benda bangang, sekolah tak habis tapi tak apa, mereka kaya so orang nak ikut mereka supaya nampak berjaya juga.
Tapi saya nak tanya, sanggup ke anda semua berada di tempat mereka?”
Semua geleng kepala termasuk aku. Sedar yang semua tu sementara dan pakej tu datang dengan harga yang tinggi. Bila popular, tak ada privasi, makhluk bawang jadian kecam dan haters everywhere. Bila kaya, masih tak boleh tidur nyenyak atas katil mewah sebab takut kena rompak, CCTV penuh satu rumah. Tak pun habis semua duit sebab bodoh kena tipu.
“Jadi, hiduplah dengan kemampuan dan cara kita sendiri. Asalkan happy dan bahagia. Jangan sibuk nak tiru orang lain yang kononnya trendy itu.”
Ideas
Sebelum encik Arnold mula mengajar fasal business model dan masuk bab-bab digital ni, beliau quote kata-kata seorang pengarah filem terkenal U-Wei Haji Saari.
“Tak kenal U-Wei? Itu satu dosa besar dalam dunia perfileman tanah air kita ni.” kata encik Arnold kepada dua orang bekas pelajar kos perfileman yang duduk sebelah meja aku tu.
Kata U-Wei Haji Saari, “Orang banyak idea adalah orang yang paling celaka sekali.”
“Sebab bukan semua idea tu brilliant dan boleh jadi kenyataan. Some of them are crap dan di sini saya nak ajar dulu macam mana nak susun idea yang banyak dalam kepala korang tu.” ujar Encik Arnold lagi, melontarkan vokalnya di depan kelas.
Ya, itu baru mukadimah dalam kelasnya. Seperti yang dijanjikan di atas, aku nak cerita sikit je. Kalau cerita banyak-banyak, baik aku buka kelas. Tak mahal pun. Satu kepala RM 50 sejam je. Hehe.

Tak adalah. Gurau je. aku happy je nak sedekah dengan kongsi apa yang aku tahu. Cuma tak larat nak tulis semua benda. Penat woo tulis-menulis ni. 

Comments

Popular Posts