Wanita Cantik ini Menjual Kopi Premium dengan Cara yang Unik.


Gambar Hiasan
Suatu hari, ada seorang wanita anggun berselendang biru gelap berjalan masuk ke dalam kelas dengan penuh karisma. Semua mata terpaku padanya. Wow, siapakah wanita cantik ini?
“Okay semua, nama saya Caroline Fong Abdullah. Saya dari Tawau, Sabah dan tauke Coffee zone. Tahu Coffee zone ni apa? Coffee Zone ni premium coffee catering. Sekarang kami dah buka cawangan kedai ke-4 di TBS (Terminal Bersepadu Selatan).” kata Caroline, memperkenalkan diri dan bisnesnya sekali.
Apa yang unik, barista dan pekerja Coffee zone ini terdiri daripada orang kelainan upaya (OKU) dan ibu tunggal. Caroline bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada mereka.
“Masa kecil-kecil dulu, saya jual sticker kartun kat kawan-kawan sekolah dan saya berazam yang saya mesti menjadi orang bisnes bila besar nanti.” ujar Caroline lagi.
Networking
Selain menceburkan diri dalam sektor social enterprise, Caroline juga merupakan profesional blogger dan bekas peserta ratu cantik. Hampir semua pertandingan ratu cantik dia masuk, termasuk Miss Universe Malaysia. Jarang dia pulang dengan tangan kosong, mesti ada menang apa-apa kategori kalau bukan juara pun.
“Kamu semua ni muda lagi, masuk la contest hero remaja ke, ratu kebaya ke or any beauty pageant. Eeeiii, kalau saya muda lagi tiap-tiap tahun saya masuk tau! Saya masuk ni bukan saja-saja tapi untuk bisnes juga. Masa tu la ada datuk-datin-Tan Sri turun semua so kita nak networking.”
“But we’re not pretty like you. Ada cara lain tak untuk kita networking selain masuk ratu cantik?” tanya orang sebelah aku.
“Bagus, saya suka soalan tu. Kamu kena keluar jumpa orang misalnya pergi seminar, meeting, join persatuan or any event then tukar-tukar name card. Jangan terperap dengan media sosial je sebab kita mana bercakap dalam tu, diam je. Kena juga berinteraksi dengan orang. Enjoy your life dan ada connection.
Saya join BNI-Business Network International, sebuah networking organization. Meeting pukul 6.30 pagi sampai pukul 9. So pukul 4 dah kena bangun. Kita kena tolong dan support bisnes orang lain juga.
Contohnya, ‘Oh you tengah cari orang jual kek? Cuba contact Jennifer Aniston, dia ada bisnes kek.’ Kita kena belajar memberi dulu. Mungkin bila orang tu rasa terhutang budi, dia tolong kita pula.” kata Caroline.
Coffee Zone


“Saya dapat idea dan inspirasi nak buka Coffee Zone ni bila ada student UIA tanya ‘Kopi Starbucks tu mahal la untuk student macam kami. Boleh tak jual kopi premium macam tu?’
Jadi saya beritahu kat team saya, kita jual kopi. Kita mula kecil-kecil dulu. Bukan terus buka café hipster. Banyak duit tu nak renovate kedai, mesin kopi mahal-mahal.
Jadi kami cari tukang kayu untuk buat kiosk comel, mesin brewed kopi yang kecil dulu dan belajar buat latte art, caramel macchiato, espresso dari… YouTube. Tapi kopi-kopi kami memang dari yang terbaik.
Sekarang dah untung beribu, barulah boleh melabur duit pergi kelas-kelas buat kopi, latte art bagai dan kursus bisnes then upgrade jadi kedai kopi pula.
Syarat nak jadi pekerja kami adalah OKU, tiada pendidikan dan tidak begitu bernasib baik. Jadi, kamu semua yang ada dalam ni tak layak bekerja dengan kami. 
Tapi ada cabarannya juga. Bekerja dengan OKU ini, kita perlu bersabar dan jangan expect nak untung je. Pada permulaan mereka takut-takut, tak yakin dan lambat faham. Tapi kita beri mereka tugas yang mudah dulu, contohnya kutip cawan-cawan.
Setahun kemudian, mereka sudah pandai brewed coffee, pandai menarik pelanggan datang dan saya gembira mereka happy bekerja dengan kami sampai sekarang. Bila bekerja dengan mereka, saya tak mahu niat nak ambil keuntungan dari mereka tapi memang nak membantu mereka.”
Saya percaya kalau niat kita ikhlas, Tuhan selalu membantu kita. Alhamdulillah, business kami semakin berkembang dan dapat sambutan. Para pelanggan juga datang singgah ke kedai kopi kami dan kalau tak beli pun, datang saja-saja nak bersembang, kami okay dan layankan saja. Macam Starbucks, it’s not about coffee tapi kami turut jual experience.”
Bos yang baik
“Macam mana nak jadi bos yang baik?” tanya someone.
Caroline tersenyum sebelum menjawab. “Saya selalu ingatkan diri saya bahawa pekerja itulah bos saya sebenarnya. Tak ada pekerja, macam mana saya nak jadi bos? Saya perlu bekerja keras untuk mereka, jaga kebajikan, beri mereka gaji dan pastikan mereka enjoy bekerja dengan saya.
Kalau kamu pergi kerja, ada PC setiap meja, ada internet, duduk dalam aircond dan sebagainya, maksudnya bos kamu sayang kamu le… nak kamu selesa buat kerja. Pada masa yang sama, saya perlu tegas dan tidak boleh terlalu baik dengan pekerja.
Sambil-sambil upah orang, saya experience juga segala kerja-kerja tu. Supaya saya tahu dan orang tak boleh tipu saya. Now kami tengah usahakan food truck. Saya dah buat lesen lori dan lesen trak makanan. Hihi, tak sabarnya nak bawa trak tu!
Kadang-kadang, dalam dua bulan sekali, saya bawa la staff pergi makan kat hotel-hotel ke, restoran best-best dan belanja mereka.
Selain hargai usaha mereka, saya juga nak mereka belajar pegang sudu, garpu dan chopstick tu macam mana. Manalah tau, suatu hari nanti dapat Best Business Award, tak adalah mereka kekok makan di majlis-majlis grand di hotel.” Cerita Caroline lagi sambil memandang seisi kelas dengan kasih sayang.
Katanya lagi, dalam setiap pekerjaan… give it best shot and pour your heart into it. 

Comments

Popular Posts