3 Tips untuk Lupakan Crush dan Move On


Pernah tak, kau suka seseorang dalam diam? Itu yang orang sekarang panggil crush. Sayangnya, orang yang kau suka tu tak minat kat kau tapi dia minat perempuan lain iaitu Selena Gomez, selebriti Hollywood tu.
Oleh sebab aku bukan diperbuat dari batu, ada hati dan perasaan juga maka aku pun tak terlepas dari perasaan tu. But I’ve crush on someone who crush my heart.

Gambar hiasan. Foto kredit: Pixabay

Jadi, apa yang aku buat dan mungkin korang yang patah hati patut cuba juga adalah…
                     1. Mengadu dan berdoa pada Allah.
Bab-bab hati dan perasaan ni, serahkan saja pada Dia yang Maha Berkuasa. Kalau tak ada bahu untuk menangis, ada lantai dan sejadah untuk bersujud. Apa yang kita bisik pada lantai, mungkin dengar sampai ke langit sana.
Apa-apa hal aku memang suka report pada Allah. Dari merengek nak makan pizza, love-hate relationship dengan tesis, menyampah dengan orang itu ini sampailah crush bluetick wasap.
Lega sangat lepas cerita pada-Nya. Dia jarang buat aku hampa dan hampir semua permintaan aku dimakbulkan. Kalau tak dapat pun, mungkin masa tak sesuai atau Dia ganti yang lebih baik. 

2. Sibukkan diri dengan perkara yang bermanfaat.
Kalau belajar, fokus pada belajar. Kalau bekerja, curahkan 120% hati tu pada kerjaya. Bina karier yang letup-letup lepas tu cantikkan diri. Mana tau, ada yang gigit jari nanti.
Cari hobi, aktiviti atau try benda baru. Misalnya pergi gym ke, belajar buat sushi, latte art atau fotografi. Tak pun tambah ilmu dengan pergi kursus, seminar atau ceramah. Atau pergi buat volunteering work, tolong gelandangan ke, animal shelter dan sebagainya.
Di situ, kita akan jumpa dengan ramai dan macam-macam orang. Pergaulan jadi lebih luas, kaya dengan pengalaman, have many stories to tell, perspektif hidup berubah dan kau akan jadi seorang yang fun dan cool.
Siapa tahu, dalam ramai-ramai orang yang kita jumpa, ada seseorang yang baik tertarik dengan kau.
                
                3. Cari crush baru dan ulang step 1,2,3 ni. Haha.
Cari crush baru memang paling mujarab. Bila ada crush baru, tak hairan dah dengan crush lama.
Tapi aku tak galakkan cara ni. Takut ter-permainkan perasaan orang pula bila crush orang itu ini hanya sebab untuk lupakan seseorang. Kalau hati tak sembuh lagi, tak payahlah cari pasal. 
Masa adalah Doktor pakar dan ubat untuk sembuhkan hati yang luka tu. Biar je la masa yang handle. Aku rasa, baik kita sayang diri kita dulu dan focus on self-development. 

Sekian, terima kasih. 

Comments

Popular Posts