Orang Muda, Jangan Kejar Passion Semata-mata


Aku selalu mendengar nasihat yang berbunyi begini,
“Kejarlah passion (buat apa yang kamu suka) dan duit akan datang mengejar kamu dengan sendirinya.”

Gambar Hiasan. Foto kredit: Pixabay

Mungkin sebab tengah berdarah muda dan naif, aku pun ikut nasihat tu dan kejar passion aku.
Kisah hidup
Masa ijazah pertama di Universiti, aku minta dan berjaya dapat kos sains marin. Walaupun orang kata kos tu susah nak dapat kerja, aku tetap dengan pilihan aku.
Lagipun, result asasi UiTM aku cukup-cukup makan. Aku tak cukup rajin dan brilliant nak belajar kos profesional dan susah-susah macam medic, engineering dan accounting. Jadi aku pilih je kos yang aku rasa best dan suka.
Aku grad dengan pointer yang agak cun walaupun bukan pelajar terbaik. Masa belajar, rasa seronok sangat dan tak susah mana pun belajar. Cuma, betul kata orang, peluang kerjaya dalam bidang ni agak terhad.
Ada je peluang kerja dalam bidang tu sebenarnya kalau pandai cari.

Gambar Hiasan. sumber: Pixabay

Aku suka duduk dengar lecture fasal laut-laut ni tapi loser bila masuk bab-bab praktikal macam lab work, menyelam dan macam-macam. Aku tak mahu bayangkan pun yang aku akan duduk bekerja pusing-pusing mikroskop dalam lab tu sampai pencen.
Aneh, aku cakap aku suka bidang tu. Tapi last-last aku angkat kaki switch industry lain.
Lepas grad degree pertama, kerja pertama aku adalah freelance translator dengan syarikat buku Lejen Press. Aku translate comic dari bahasa Indonesia ke bahasa kita. Aku buat sungguh-sungguh kerja tu with all my heart. Aku suka sangat kerja tu. Aku ada juga menulis sambilan dan hantar kat mana-mana media.
Masa tu, aku nekad nak jadi penulis. Aku siap apply masters dalam bidang penerbitan di Jabatan Media, UM.
Sambil-sambil tunggu offer master, aku bekerja part-time di Café Secret Recipe. Mula-mula, seriau juga nak kerja situ sebab aku ada kata yang aku loser bab-bab hands-on ni.
Surprisingly, kerja kat situ best sangat dan meninggalkan memori yang manis. Aku ada cerita pengalaman kerja situ dalam entri sebelum ni.
Dipendekkan cerita, aku pergi UM sambung masters dalam bidang yang aku nak tu. Sambil-sambil jadi aspiring writer, aku belajar juga selok-belok penerbitan, penyiaran dan media. Aku mula nampak sisi gelap dan cerah dalam industri ni. Betul ke aku sanggup kerja dalam bidang ni?
Selain itu, aku volunteer tulis artikel untuk Astro AWANI, web dan majalah itu ini.
Kejar passion
Aku banyak berhabis duit beli buku-buku, pergi kursus menulis sana-sini, menghabiskan masa dengan membaca dan praktis menulis demi passion aku. Penyudahnya, aku tak jadi J.K. Rowling pun tapi aku menulis blog! Hahahaha. Aku ketawakan diri sendiri.
Tak apalah, kurang-kurang aku dah mula beranikan diri untuk menulis kepada umum. Sebelum ni, takat simpan dalam diari je. Tak lupa juga, aku berdoa pada Tuhan. Doa apa tu? Adalah…
Selepas mengimbau sejenak perjalanan hidup aku yang jauh lagi ni, aku belajar sesuatu.
Lama-lama, aku faham. Passion itu bukan setakat buat benda yang kita suka tapi ia tentang sejauh mana kita sanggup bertahan dengan benda tu. Passion is persevered atau ketahanan, bukan nak happy selalu atau pleasure semata-mata.
Kena tahu beza antara passion dan nafsu. Sometimes, kita ingat kita suka benda tu tapi bila dapat atau buat, tak best pun rupanya.
Nasihat suruh ‘kejar passion’ ‘kejar impian’ semata-mata itu adalah sampah rupanya selama ni. Kena berhati-hati kalau orang beri nasihat macam tu. Kecuali kalau dia bagi nasihat itu siap dengan step-step apa nak buat, macam mana nak kejar impian dan passion itu. Itu boleh dipertimbangkan.
Lagipun, umur muda-muda macam ni kita tak tahu pun nak apa sebenarnya dalam hidup ni. Kadang-kadang, kita kena bereksperimen dan cuba macam-macam baru tahu suka apa, tak suka apa.
Kalau asyik kejar passion saja tanpa terbuka untuk cuba benda lain, dikhuatiri jadi seorang yang rigid nanti. Tak mahu buat benda lain, atau tolak peluang yang datang sebab nak buat apa yang kita passionate je.
Itu antara pengajaran hidup yang aku kutip.
Sampai sekarang, aku tertanya-tanya pada diri. Aku nak jadi apa sebenarnya? What I want to do actually?

Akhirnya aku ambil keputusan untuk kerjalah apa-apa pun asalkan halal berkat, welcoming saja pengalaman yang datang dan terus menulis! Insya-Allah. 

Comments

  1. Assalamualaikum sis...seronok baca post sis ni. saya tengah alami benda yang sis tulis ni. AKU NAK JADI APA SEBENARNYA? saya dah umur 26 tahun. baru habis belajar degree...saya tak nampak apa kerja sesuai untuk saya sebab saya lembab. jenis tak faham arahan orang kalau kerja. saya lambat paham walaupun sebenarnya kerja tu senang je tapi sebabkan saya terlalu nervous, saya jadi macam orang bodo.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam sis, terima kasih kerana sudi baca. Takpe, you are not alone. Pada pandangan saya, apa yang sis alami itu mungkin turut dialami oleh orang-orang lain termasuk saya. Kadang-kadang kita struggle nak buat apa yang orang lain anggap senang. Tapi saya percaya sis ada kelebihan yang mungkin orang lain tak ada. kita semua unik. Suatu hari nanti, at the right time and the right place, akan ada right person yang hargai kelebihan sis.

      Pasal kerja tu, mungkin awal-awal je kot begitu. Saya pun macam tu juga, tapi kalau dah selalu buat hari-hari, saya percaya sis mungkin lebih expert dan laju dari orang lain. Bagi peluang kat diri sis dulu untuk cuba, kalau tak boleh juga moved on je la. At least you tried.

      Delete

Post a Comment

Popular Posts