Pengalaman buat tesis pakai kaedah kualitatif.

Aku buat masters jenis mix-mode (coursework +tesis) dalam bidang penerbitan di UM. Masa Semester 1, aku kena pergi balik kelas. Semester 2 barulah start buat tesis dan defend proposal. Proposal aku terus lulus lepas defence hari tu. Alhamdulillah.

Empat bulan dah berlalu rupanya. Sekarang aku dah Semester 3, ada candidature defends (CD) dan ini bermaksud semester akhir. Oh my God!

Cepat betul masa berlalu, apa bendalah yang aku buat 4 bulan lepas. Selama 4 bulan tu, aku fokus benda lain. Sibuk nak kerja part-time la, cuba-cuba tulis artikel untuk media pop, gila blogging dan baca non-academic stuff. Aku lebih rela sental lantai jamban dari buat tesis. Beginilah cabaran menulis tesis.

Sedar-sedar je, 2 bulan lagi nak CD dan aku mula gelabah ayam sebab progress tesis baru 55%!

Supervisor (SV) aku gelak je tengok aku kalut semacam dan mencarinya untuk pulang ke pangkal jalan. Syukurlah beliau ni jenis ok-ok.

Sepanjang buat tesis ni, aku perasan SV memang takkan cari kita untuk ajar satu-satu benda. Kita yang kena banyak initiative, independent dan kejar dia untuk menuntut ilmu. SV akan layan kita like an adult dan profesional. Yalah, dah besarkan. Bukan macam sekolah dulu nak kena rotan kalau malas belajar.

Sense of urgency dalam diri to finish the dissertation mula timbul bila aku kena pressure kiri kanan. Selain pihak penyelaras dah tetapkan tarikh untuk defence aku punya tesis, parents aku pun dah mula bising, “Bila nak habis belajar? Bila nak kerja?”

Aku mula push diri untuk siapkan juga tesis with sweat, tears and blood. Aku akan terus berlari sampailah nampak kain rentang merah tertulis ‘FINISHED’. Insya-Allah.

Lagipun dah habis beribu ringgit, masa dan tenaga kot untuk sampai sejauh ini. Kalau buat half-way, takut kena kejar dengan kereta labi ayah aku nanti. Beliau sangat pantang dan anti dengan orang yang buat kerja sekerat jalan ni.

5 kali tukar tajuk.

Sebelum ni, nak dekat 5 kali jugalah tukar tajuk sebelum jumpa yang aku betul-betul berkenan ni.

Asalnya, aku nak buat fasal science journalism. Lepas tu topik kedai buku indie then Case study on MPH Bookstore. Satu lagi aku tak ingat apa dia dan last sekali yang aku tengah buat sekarang, Challenges & Survival of Book Industry in Malaysia.

Kajian aku fokus buku-buku popular yang ada kat kedai-kedai buku berantai macam MPH, Popular dll je. Malaslah buku-buku akademik. Tengok pun dah mengantuk.

Aku buat method kualitatif. Kaedah penyelidikan untuk sains sosial ni ada 2 jenis untuk collect data/information:
1.   Kuantitatif- yang ada statistics bagai.
2.   Kualitatif- kena pergi interview, document analysis dll.

Aku pilih no.2.

Walaupun aku goreng ayat macam ni dalam tesis, ‘I have used the semi-structured method qualitative interviews, since I am interested in their personal experiences and views of themselves which is hard to measure in questionnaires where questions have tendency to become objective statements’ tapi sebab utamanya adalah…. Aku tak suka statistics dan nombor-nombor ni bukan makanan aku.

Sebenarnya, kualitatif ni pun alien bagi aku. Sebelum ni first degree aku dalam bidang sains dan ada method kuantitatif je selain kena terperap dalam lab termasuk lab computer.

Dari sekolah lagi aku tak suka lab work. Mungkin best bagi orang lain tapi belum tentu best bagi aku. Aku lagi suka bedah buku dari bedah tikus putih yang pengsan dalam formalin tu. That’s why aku gamble lari pergi ke sains sosial untuk masters ni.

Kualitatif ni pun, ada cabarannya juga. Walaupun tak ada 10 kali experiment di lab, ia tetap mencabar emosi, intelektual dan ego kita bila berhadapan dengan makhluk bahan kajian kita iaitu manusia. Human ni lagi complex dan rumit sebenarnya.

Ni aku baru lepas interview 3 orang penerbit untuk tesis masters aku. Aku kena pergi kat ofis diorang yang terletak di PJ, Damansara dan Batu Caves.

Baru aku faham kenapa orang kata buat method kualitatif ni lama dan memenatkan. Memang pun penat, habis tenaga, masa dan duit pun terbang tapi aku enjoy!


Maybe sebab aku suka dengar cerita. Setiap kali pergi interview responden mesti aku belajar sesuatu. Yang nak menangisnya lepas interview, masa transcribes tu, jenuh taip dan lama gila nak boleh ke siap!

Comments

Popular Posts