'Teruk industri buku sekarang.' Kata pemain industri itu sendiri.

Aku buat kajian berkenaan cabaran-cabaran dalam industri buku untuk tesis masters dalam bidang penerbitan di Jabatan Media, UM.

Aku dah pergi interview lima orang penerbit terkemuka untuk dapatkan pandangan mereka pasal isu-isu dalam industri penerbitan ni. Tapi tak boleh bagitahu la siapa sebab aku dah janji nak protect dia orang punya private & confidential.

Seronok pergi interviews tu. Mereka pun baik-baik. Selain beri kerjasama yang baik, mereka siap belanja aku makan dan bagi satu beg novels for free!

Aku pula jadi segan sebab aku bawa buah tangan simple2 je untuk mereka mengikut bajet yang aku ada.

Lepas dapat data interviews dan baca-baca pasal industri buku ni, aku nak membebel pendapat aku pula.

Hasil pemerhatian dan dapatan kajian, industri buku tengah nazak sekarang. Akan datang tak tahulah. Pulih balik kot. Harap-harap la.

Isu ni global. Bukan saja di Malaysia yang 'sakit' tapi luar negara pun sama. Lanskap penerbitan buku memang berubah di era digital ni. Ada sisi positif dan negatif.
.
Aku bukan penulis professional pun. Just an aspiring writer yang suka buku-buku. Sebab tu pilih bidang ni. Tapi rasa suka tu sedikit teruji bila nampak sisi gelap dalam bidang yang aku mengaku suka ni.

Penulisan dan penerbitan macam kembar siam yang berpisah tiada. Penulis menulis, pihak penerbit pula menerbit dan pastikan orang ramai boleh baca karya penulis yang mungkin mengambil masa berpuluh ribu jam untuk siap tu.

Sebab tu aku marah gila siapa kata novels itu ini sampah. Bagi aku, tak ada karya yang sampah... cuma tak kena dengan selera pembaca je.

Ada orang suka, ada yang tak. Biasalah tu. Kita tak boleh nak expect semua orang suka apa yang kita suka. I'm fine with it.

Apapun, bukan senang tau nak perah otak tulis berpuluh ribu perkataan dan beratus muka surat. Bukan macam perah kain okay...

Aku memang tabik spring toing toing dan respect habislah kepada sesiapa yang berjaya tulis buku. Aku nak tulis satu ayat pun malas macam apa. Nak tulis tesis pun rasa macam nak runtuh langit. Haha.

Kata orang, "Penulisan ni satu seni manakala penerbitan itu sejenis bisnes."

Tanyalah mana-mana ahli perniagaan atau usahawan pun, siapalah suka bisnes rugi. Termasuklah penerbit buku.

Ada penerbit yang tersenyum lebar sebab bisnes steady je dari dulu sampai sekarang tapi majoriti participants yang aku interview, pecah kepala fikir macam mana nak bertahan dalam sepak terajang industri ini.

Lagi tragis... ada penerbit yang gulung tikar dan ada penulis yang meletak pen ke tepi, merajuk tak nak menulis lagi. Pembaca setia macam aku pun kecewa bila dah tak nampak buku tulisan penulis dan penerbit favorite di kedai buku.

Sejak kecil lagi, aku obses dengan kedai buku. Kalau MPH Bookstore duduk sebelah butik ZARA, aku masuk MPH dulu.

Jantung aku ditendang-tendang macam bola, berdebar sakan bila nampak buku idaman tengah duduk diam-diam di rak. Datanglah 10 orang Johnny Depp (nama crush) pun, aku dah tak hairan.
Perlahan-lahan nikmat dan keterujaan itu berlalu pergi ditelan zaman. Alamak, terpanjang pula mukadimah ni.

Okay, kenapa dan apa masalah sebenarnya industri buku ni?

Ekonomi negara

Ekonomi negara tengah jatuh sekarang, menyebabkan ramai Malaysians jatuh terlentang ditimpa tangga realiti hidup yang sukar.

Ramai yang kena buang kerja, susah nak dapat kerja, kadar pengangguran tinggi, harga barang dan servis yang meroket naik dan cukai GST pula diperkenalkan.

Aku baca dalam The Edge, kerajaan dulu buat GST sebab tak nak bergantung sangat pada industri petroleum. Now ramai yang bising-bising, ke mana sebenarnya duit hasil kutipan GST tu pergi?

Sejak GST tahun 2016, ramai penerbit kata terasa sangat dengan penurunan jualan buku ni.

Orang ramai mula berhati-hati spend duit mereka. Buku pula dikelaskan sebagai barang mewah di bawah consumer research. Buku bukan prioriti rakyat Malaysia buat masa ni. Antara beras sekilo dengan satu buku harga rm 25, mana lagi penting? Antara Netflix dengan novel mana lagi best?

Orang Malaysia bukan tak suka membaca, tapi mungkin sebab desakan hidup dan ada prioriti yang lebih utama... Kebanyakkannya terpaksa berkorban bajet kewangan untuk beli buku. Bila ada sales dan promotion, ramai je pergi beli. Tengok pesta buku Big Bad Wolf tu, tak cukup oksigen duduk situ lama-lama sebab ramai sangat orang.

Internet dan media sosial.

Di zaman ledakan maklumat ni, orang ada banyak pilihan untuk cari bahan bacaan. Free pula tu kalau baca-baca di internet. Masa pembaca banyak dihabiskan dengan gajet dan internet.

Social life, working life even personal life pun, dah berpusat di smartphone. Dalam gerabak LRT, boleh dikatakan semua mata melekat pada skrin empat inci tu tak kiralah tengah duduk atau berdiri.
"Busy la, mana ada masa nak baca buku!"

Bagi sesetengah orang, baca buku ni bukanlah satu kewajipan tetapi sebagai hobi atau escapism bila dah penat sangat dengan realiti.

Done membebel

Cukuplah kot dua ni aku bagi. Banyak sangat nanti jadi tesis pula huhu. Entri blog ni just my RM 0.02. (2 cent je).

Kajian aku pun tak adalah perfect mana tapi aku tetap happy sebab buat dengan tangan sendiri dan... I learned a lot.

Buat tesis bukan semata-mata untuk tugasan akademik tapi aku cuba reflect juga dengan kehidupan.

Comments

Popular Posts