Para penulis berhimpun di UKM

Suatu hari iaitu semalam, aku pergi ke UKM sebab ada Konvensyen Penulis.

Aku bukan penulis (tak berani nak mengaku penulis sebab rasa tak sampai lagi level tu) tapi aku pergi juga walaupun sebagai pembaca dan peminat dunia penulisan.

Bila sampai je dalam Dewan Cancelor atau orang panggil Dectar tu, terkejut juga sebab kerusi kosong lebih ramai dari orang. Mungkin sebab buat hari bekerja. Kalau buat masa cuti mungkin tak cukup kerusi tu.

Kebanyakan penulis ada karier lain bagi meneruskan hidup dan menulis terpaksa jadi secondary job walau minat macam mana pun. Tak ramai yang bertuah macam J. K Rowling dan Dan Brown.

Ada seorang penulis terkenal bisik kat aku "Menulis tak kaya, dik... Gaji pun 3 kali setahun (royalti)." Dan banyak cerita lagi sebenarnya tentang realiti dunia penulisan ni.

Aku pernah kagum dan mengaku berangan nak jadi macam JK Rowling. Kaya, glamor, boleh habiskan hidup dengan menulis, menulis dan menulis tanpa fikir duit cukup ke tak untuk bayar bills.

Akhirnya aku let go angan-angan itu dan dah tak hadap semua tu. 'Harga' untuk jadi penulis hebat dan ternama terlalu tinggi untuk aku bayar.

Nak jadi macam tu memang kena 'sakit' sikit. Ada penulis yang berkurung seminggu dalam bilik, menulis tak berhenti dan tak makan. Ada penulis yang gagahkan diri menulis malam-malam masa orang lain tengah sedap tidur. Nampak ekstrem tapi hasilnya berbaloi bila penulis tersebut menang hadiah Nobel, buku bestseller dan duit ratusan ribu ringgit.

Manusia pandang hasil namun usaha dan sakitnya itu, Tuhan saja yang pandang.

Bila ukur diri dengan realiti sebenar, aku decide untuk menulis sebab nak bergembira dan menggembirakan orang.

Aku jatuh cinta dalam dunia penulisan ini dan kata orang, cinta itu tanpa syarat. So aku dah tak expect nak dapat duit dan popularity dari penulisan lagi.

Then hidup aku rasa lapang dan tenang bila dah tak expect apa-apa.

Orang pun tak expect apa-apa dari aku jadi bolehlah jadi diri sendiri tanpa fikirkan expectations orang masa menulis.

Honestly, aku suka dengan hidup aku sekarang. Aku belajar bersyukur dan redha. Tuhan bagi apa yang kita mampu.

Sebelum aku melalut lebih jauh, jom ikuti apa ada dalam konvensyen penulis tersebut.

Himpunan Penulis

Macam biasa la, mula-mula ada ucapan perasmian daripada VIP yang aku lupa nama apa.

Kebanyakan penulis atau para hadirin adalah golongan veterans atau dalam bahasa tak berlapiknya, orang tua-tua saja yang aku tengok.

Semua sasterawan negara pun ada dan menjadi panelists forum. Ini kali pertama aku bertemu 8 mata (termasuk spek) dengan A. Samad Said. Sebelum ini hanya bertemu di dalam buku biografinya, novel Salina, Langit Petang dan Hujan Pagi.

Antara isu panas-panas yang berbangkit dalam forum tersebut adalah isu bahasa Inggeris VS bahasa Melayu, Tentera tak boleh berpantun dalam majlis dan apa masa depan sastera.

Tak putus-putus soalan, komen dan cadangan daripada audiens, diajukan kepada para sasterawan negara. Sesi Q&A dalam keadaan tergesa-gesa nak habis cepat sebab nak kejar solat Jumaat. Kenapalah beri slot untuk mereka sejam lebih je?

Lepas tu sesi forum paling lama sekali start pukul 4 petang iaitu Sastera Malaysia: Pemikiran Baharu.

Forum ini menampilkan penulis-penulis generasi muda seperti Gina Yap, Dr Fahd Razy, Jaya Ramba dan sepatutnya ada Dr Faisal Tehrani. Tapi Dr Faisal boikot konvensyen ni jadi tempatnya diganti oleh sinaganaga, penerbit indie, sindiket soljah.

Moderator pula Dr Saleeh, lecturer UM dan orang kuat PENA, persatuan penulis tu.

Antara topik yang dibincangkan, sastera lama vs sastera baru mana lagi hebat dan topik-topik yang tak dengar sangat apa benda sebab asyik menguap bosan.

Bukan nak kata tapi nak kata juga, aku perhatikan ramai veterans sastera ni masih bernostalgia dan terperangkap di masa lalu di saat dunia sedang bergerak laju ini.

Penulis dan karya sasteranya ini merupakan perakam dan penganalisis peristiwa penting dalam hidup setiap zaman.

Zaman dulu, sastera banyak cerita pasal perang, tanah airku, kemerdekaan dan sebagainya. Dulu DBP yang conquer arena penulisan dan penerbitan ini.

Zaman sekarang, bahan bacaan ada pelbagai jenis dan akan terus berevolusi. Wujud penerbit indie yang sekarang dah jadi mainstream dan diterima ramai terutama golongan muda.

Cabaran zaman dulu lain, zaman sekarang lain.

Ada yang kata novels zaman sekarang tidak sebagus novel tulisan sasterawan negara. Orang ini tak boleh move on dengan zaman muda dia dulu.

Entahlah, bukan semua orang suka baca novel bahasa skema dan bukan semua suka baca bahasa slanga. Kita tak boleh nak expect orang suka apa yang kita suka.

Baguslah ada perbezaan, barulah ada variasi. Cuma janganlah sampai nak menangkan ego masing-masing kan...

Selain itu, aku tertarik dengan apa yang Gina dan Siganaga cakap.

Menurut Gina, pihak Commonwealth ada mengadakan pertandingan menulis cerpen tapi tak ramai rakyat Malaysia masuk dan menang. Bukan karya tak bagus tapi ramai penulis Malaysians sibuk nak tulis gaya orang putih. Jadi karya itu seolah-olah tiada identiti dari Malaysia dan tidak begitu autentik.

"Apa yang penilai mahu adalah pemikiran dan bagaimana persepsi anda melihat dunia ini sebagai anak Malaysia. Sesuatu yang unik dan tiada pada mereka." kata Gina.

Akhirnya, Siganaga kata Himpunan Penulis sesuatu yang gagal baginya sebab ramai yang bersembang mahu memartabatkan bahasa Melayu, bahasa Melayu bahasa perpaduan namun yang ramai ada kat situ adalah kaum bumiputera dan berapa kerat je ada non-bumis. If you know what he mean.

"Menteri-menteri pun tak ada kat sini untuk ambil kisah pasal sastera-sastera ni. Mereka tak reti soal ni, yang mereka tahu duit masuk keluar. Dan mereka ambil kisah suara kecil rakyat di media sosial. Jentik sikit menteri di situ esoknya terus kena panggil menghadap. Kita ni berhabis duit siap buat majlis nak berdialog dengan menteri."katanya lagi.

Comments

Popular Posts