Dear my-12-year-old self, kejayaan akademik bukan segala-galanya

Bulan Disember ni, banyak betul results students yang diumumkan dari exam UPKK, UPSR sehinggalah PT3. Tahun depan result SPM pula.

Buatkan aku teringat zaman sekolah dulu. Ada dendam terpendam yang harus dilepaskan...

Aku bukan pelajar bijak pun, pandai mungkin ya. Pandai dan bijak tak sama, ok. Jangan pandang rendah kawan yang dapat gred rendah dari kamu kerana tak mustahil dia smarter than you.

Perjalanan akademik aku bermula sejak tadika tapi tak mahu la cerita pasal tu sebab tak ada apa sangat selain belajar mengeja A. Y. A. M seingat aku.

Apa yang sedikit memberi kesan kepada hidup aku sehingga kini bermula zaman UPSR. Aku ulat buku, bukan buku pelajaran (terutama matematik, huh) tapi buku cerita.

Masa tu, aku no idea kenapa orang kata membaca ni boleh jadi pandai sebab aku selalu dapat nombor tercorot dalam kelas, kena pulau dengan rakan-rakan sekelas dan selalu kena marah dengan cikgu.

Sebab aku malas belajar.

Apa yang membahagiakan aku di sekolah tu cuma buku-buku yang aku pinjam di library. Itulah duniaku.

Result UPSR aku, 3A 2B. Aku happy mula-mula tetapi tidak bertahan lama sebab my mom sangat kecewa dan marah gila. Zaman tu pula beribu orang dapat 5 A.

Cousins segenerasi aku pula pandai-pandai. Ramai dapat 5 A atau at least hampir-hampir dapat 5 A.

Aku agar gentar berhadapan dengan my relatives even masyarakat ketika itu sebab rasa loser dan keyakinan diri aku juga jatuh teruk ketika itu.

Ada yang kata dunia belum berakhir la, jauh lagi perjalanan dan paling aku tak boleh lupa, ada yang kata aku bodoh. Man, it's so hurt... Senyap-senyap aku menangis.

Ramai juga yang kepoh aku nak masuk sekolah menengah mana lepas ni dengan result macam tu. Result aku tak ada la buruk mana tapi entah kenapa mereka begitu 'perihatin'.

Banyak sekolah agama dan elit tolak aku. Sudahnya, aku masuk sekolah menengah harian dekat dengan rumah. Sekolah ni terkenal dengan budak nakal dan polis biasa keluar-masuk-keluar masuk sekolah tu sebab ada kes.

Mula-mula aku tak berapa nak masuk situ, sebab oh ya, lupa nak cakap yang aku dulu pernah masuk kelas elit masa sekolah rendah (sebelum kena turun kelas) jadi budak-budak kelas aku selalu sembang pasal sekolah idaman seperti SBP, MRSM atau paling common sekolah agama.

"Awak kena belajar pandai-pandai, biar masuk sekolah asrama penuh. Jangan masuk sekolah belakang kita ni, itu asmara penuh." kata seorang cikgu, merujuk kepada calon sekolah menengah aku.

Apa yang kita tak suka, tak semestinya buruk.

It turns out that it is the best school ever dan terpahat kukuh dalam memori aku. Ya, students sekolah tu rata-ratanya bukan pelajar 'cemerlang' atau harapan negeri tapi mereka cool dan kelakar walaupun nakal.

Allah buka pintu hati aku untuk baca buku-buku pelajaran pula setelah asyik layan buku-buku cerita je.

Aku dapat berderet A dalam report card tapi got D dalam subjek kemahiran hidup. My parents mula bimbang. Bukan sebab that D tapi macam mana aku nak deal dengan the kemahiran hidup di alam realiti suatu hari nanti?

Nak menjahit silang pangkah pari bawal kembung pun tertukar, masak tak reti, usahkan disuruh baiki paip.

Dipendekkan cerita, aku termasuk dalam list top 10 sekolah lepas tu dapat 9A.

Then masuk sekolah sains atau SBP. Aku pernah doa minta nak 5A dalam UPSR dan masuk sekolah agama xxx dulu walaupun malas belajar. Fahamlah aku bahawa Allah bukan tak nak layan tapi nak bagi yang lebih baik.

Bermulalah rutin hidup aku seperti robot di SBP tu. Kena ikut serba mak nenek rules, be a good student dan belajar macam nak mampos sebab environment kat situ study, study dan study. 

Mujurlah, aktivti kokurikulum best dan ada juga la life kat situ. Tak adalah rebus buku add math semata-mata.

SPM, 7A 2B. Aku masuk asasi sains di UiTM. Di sini, aku bukan saja jadi robot tetapi zombie sebab mati hidup semula pun kena belajar, belajar dan belajar.

Kat situ ramai students pandai-pandai dan hampir separuh nak ambil medik dan jadi doctor.

Ok, fine. Let them be. Aku tak cukup rajin dan brilliant nak jadi Dr so aku cari cita-cita lain. Lagipun result asasi aku cukup-cukup makan tapi cukup untuk buat aku rasa cukup walaupun tak lepas pointer 3 iaitu 2.99 dan 2.78.

Cukup my foot! Mulut je cakap macam tu padahal aku down teruk sampai isolate diri dari Facebook malah dunia. Hati aku tak cukup suci untuk gembira tengok post kos dan universiti impian aku menjadi milik orang lain. Bye bye UKM, huhu.

Aku sambung degree dalam bidang yang aku nak, iaitu sains marin di UMT. Antara pengalaman tak boleh lupa adalah pergi field trips, ambil sijil menyelam, tersadai di sebuah pulau terpencil, berlayar atas kapal dan join redaksi majalah.

Aku grad ijazah sarjana muda sains marin dengan pointer 3.51. Tak dapat first class, apa-apa award pun tapi aku tak kisah asalkan habis belajar dengan pointer yang baik dan banyak lagi rezeki yang aku bersyukur. Aku percaya Dia, the Almighty ada simpan sesuatu untuk aku.

Lepas grad, sekali lagi aku rasa loser dan lost. Hampir setahun aku tanam anggur yang layu. Negara kita kan beriklim khatulistiwa, mana hidup anggur lalu aku pun menganggur.

Habis Universiti bukan jaminan untuk terus jadi pegawai atau dapat kerja kerajaan mudah-mudah macam zaman dulu.

Sambil-sambil tu, aku menulis untuk web dan majalah, translate komik dan kerja di cafe.

Lepas tu aku sambung masters di UM sehinggalah hari ni, tengah fight dengan tesis yang aku malas gila nak buat. Tapi kena buat juga sebab tesis aku manja tak boleh siapkan dirinya sendiri.

Ada orang belajar sungguh-sungguh sebab nak kejar cita-cita, keluar dari kepompong kemiskinan tak pun dia memang jenis nerd.

Aku pula? Sebab nak rasa disayangi (lebih) dan dihargai terutama by my parents. Aku tahu mereka sayang aku tanpa syarat. I just don't want to let them down anymore. Aku tak nak orang kata aku bodoh lagi.

Atau lagi kata-kata tragis,
"Mak bapak kaya, educated tapi anak takat tu je. Baik kita yang tak kerja ni, anak-anak pandai."

Kalau malas belajar, tanggung la peritnya kebodohan itu.

The bad thing is, bila dah biasa kejar kejayaan, aku jadi takut gagal. Bila gagal, people will go away and leave me. Itulah yang lemahnya bila hidup dalam pujian dan sanjungan orang. Mengharapkan orang respect kita, sebenarnya meracuni dan makan diri kita dalam diam.

Jangan expect apa-apa dari orang, tu je nak kata.

Bertahun-tahun juga ya otak aku diprogramkan dengan mantra 'rajin belajar jadi orang berjaya dan dihormati dalam hidup.'

Sometimes, i feel sick dengan nasihat dan tips atau rahsia so called orang-orang berjaya ni like belajar 10 jam, Warren Buffet baca 50 buku sehari, Elon Musk kerja 24/7 non stop dan sebagainya.

Itu mungkin tips dan contoh yang baik tapi maybe bukan yang terbaik untuk aku. Tak semua tips itu sesuai untuk kita.

Kita bukan Warren Buffet dan Elon Musk. Tahan ke dengan robotic life macam tu?

Kalau tips itu menjadi, semua orang dah jadi macam Elon Musk sekarang, yang pernah usaha nak hantar sport car dia ke bulan sebab tak tahu nak buat apa dengan duit banyak-banyak. Crazy rich American.

Sayang, life's not like that.

Aku dah menempuh hampir semua zaman belajar termasuk public examination, tinggal yang master ni saja.

Aku nak remind diri, yang aku sudah sampai sejauh ini with tears, blood and sweat. Jangan senang-senang berhenti sekerat jalan. Sikit lagi nak sampai.

Sebenarnya, perjalanan itu lebih mengujakan berbanding destinasi.

"Life is not about achievement list" -J. K. Rowling.

                                 ***

Lama juga ya aku throwback masa lalu. Sampai ke tahun 2006 aku pergi. Sebenarnya, masa aku darjah 6 dulu aku pernah wish nak tahu apa jadi dengan aku masa umur 20-an.

Alhamdulillah, semuanya baik-baik saja.

Aku cuma ada secebis kenangan dan blog sebagai time capsule yang terbenam dalam lautan internet ini.

Kalaulah ada mesin masa dan dapat jumpa diri aku yang berumur 12 tahun sedang menangis belakang pintu tu, aku akan peluk dia dan cakap, "You'll be fine".

Comments

Popular Posts