NATALIA by NAMI COB NOBBLER

Baca novel ni teringat filem Thai, Back to the 90's. Bezanya yang ni Back to the 2057, kehidupan 100 tahun selepas Malaysia merdeka. 

Cerita ni pasal Alif Akbar, anak mak yang selalu dengar kata mak. Dia couple dengan Natalia Chong, gadis atheist yang kalau bercakap seperti Google bergerak sebab banyak benda dia tahu terutama kalau bab sains, teori itu ini. 

Mak dia ni agak ortodoks dan tegas dalam mendidik Alif. Bila Alif perkenalkan Natalia, his girlfriend kepada maknya, Natalia diherdik dan dicop kafir makan babi. 

Sejak kejadian tu, Natalia hilang tak jumpa-jumpa. Kehilangan gadis itu menghantui hidup Alif sehingga dewasa. Alif pula kahwin dengan Zura yang hari-hari cakap pasal bisnes MLM. Zura juga Queen control dan tak hormat Alif sebagai suami. 

Suatu hari, dua orang saintis bawa Alif ke tahun 2057 dan 2000 untuk mengubah sejarah. Apa yang Alif dah buat pada tahun 2057? Apa yang terjadi pada Natalia sebenarnya pada tahun 2000?

Haa, bacalah sendiri. Biar puas hati. 

Bagi aku, worth it jugalah labur duit dan masa untuk baca buku ni sampai habis. Ni satu lagi masterpiece from Nami Cob Nobbler. Kali ni bergenre sci-fi thriller pasal time machine. Boleh dikatakan ni cerita sains fiksyen paling best aku baca kot.

Kalau anda biasa baca buku-buku tulisan Nami, tak sah kalau tak ada muzik indie, or punk dan cintan cintun. Aku suka style penulisan dia. 

Apa yang aku belajar daripada cerita ni, history is great, but it's only to be remembered. Kita kena moved on dan jangan tersekat di masa lalu. Apa yang berlaku ada hikmah. Masa adalah makhluk yang tak tunggu sesiapa. 

Comments

Popular Posts