Mahu Aktif Menulis Semula Di Blog Ini

Sudah lama aku tak update blog ini. Dalam dunia blogging ini, aku tenggelam-timbul- tenggelam-timbul sebab aku cuma menjadikannya sebagai tempat membuang kotak dari fikiran dan tulis diari, nothing serius.

Maybe inilah satu-satunya tempat yang aku boleh jujur menulis jadi diri sendiri tanpa perlu fikir panjang tentang kesan akibat apa semua. Di media sosial, aku banyak fikir dulu sebelum post apa-apa. Tak boleh la zaman sekarang ni, terlajak kereta boleh undur, terlajak kata kena screenshot. Netizen ni pula boleh tahan kalau jadi pembuli.

Tambahan pula, di Facebook ada family, kawan lama baru, cikgu-cikgu, pensyarah, bekas crush skandal dan ex yang aku tak boleh lari daripada fikir apa tanggapan diaorang pada aku.

Lagipun, siapalah yang baca lagi blog pada zaman web 2.0 ni? Aku ingatkan blogspot ni dah lapuk, tak relevant sebab orang sekarang sembang fasal wordpress lah dan segala mak nenek jenis websites yang bercambah seperti tauge.

Tak kisahlah, aku tetap suka blogspot ni sebab aku fikir nak menulis je, malas nak fikir segala coding, features dan macam-macam lagi benda yang geng tech geeks suka sembang tu.

Aku dah bosan termenung bermonolog sendiri, jadi dengan lafaz Bismillah, aku mula kembali bercerita, melepas perasaan dan pandangan dalam blog ini.


Comments

Popular Posts