2 Cara Untuk Tapis Perkara Tak Penting Dalam Hidup

Suatu hari, saya baca secebis tulisan Mark Manson dalam blog 'The Subtle Art Not Giving a Fuck'. Setiap perenggan penuh dengan F words.

Rupanya amalan 'I-don't-give-a-fuck' ini ada seni halusnya.  

Rasa nak diterima, disukai dan jadi sebahagian daripada komuniti itu memang salah satu naluri survival manusia. 

Tetapi... 

Apabila kita rasa entitled untuk rasa happy dan disukai 24/7/356, dari situlah life mula menyodok kita. 

Pernah tak mari persoalan-persoalan berserabut begini:

'Dia macam tak suka aku la, kenapa ek?' 

'Kenapa dia tak like gambar aku?' 

'Kenapa SpongeBob tu nak duduk dalam nanas, bukan dalam buah ciku?' 

Ataupun... 

Semasa skrol media sosial, pernah tak terjebak dengan 'kebisingan' seperti meaningless drama, gosip, news, viral skandal selebriti dan benda-benda yang tak ada kaitan pun dengan kita sebab tak nak ketinggalan? 

Mungkin sebab darah muda ini tengah mengalir energy yang banyak, dan banyak masa jadi banyak benda yang kita nak ambil tahu. 

Saya pun tak terlepas daripada 'kebingitan' itu. Seolah-olah dalam kepala saya ini ada 1001 ekor lebah yang berdengung. 

Otak saya semacam berselirat dengan pelbagai hal dan rasa nak upgrade 4GB lagi space dalam kepala yang overload dengan information ini. 

Waima persoalan nak makan apa dan nak balas pertanyaan customers yg simple-simple pun saya deep thinking gila. 

Itu baru persoalan kecil. Sekiranya perkara besar-besar yang merubah hidup 180° seperti 'will you marry me' mungkin 100 tahun kemudian baru saya boleh bagi jawapan. 

Sekiranya buat kerja dalam pasukan, saya lebih gemar jadi penasihat, menyumbang idea, susun strategi dan cari maklumat. 

Saya bukan jenis yang boleh buat decision making on the spot. Saya kena research, kumpul evidences, fikir masak-masak then barulah decide dan tanggung akibatnya. 

Kelebihan: terselamat dari risiko silap besar dan ada perancangan 

Kelemahan: analysis paralysis dan bye bye opportunities 

Kadang banyak fikir ni bahaya juga, mendatangkan stress, paranoid, menaikkan bacaan bp dan lebih parah kalau kena masuk hospital sebab sakit jiwa raga. 

Sebab itu jugalah saya wujudkan blog ini supaya dapat jimatkan ruang memori dalam kepala dan menumpahkan  monolog dalaman. 

Jadi ada dua perkara yang saya belajar daripada penulis Mark untuk jimat ruang otak, masa dan tenaga:

1. Choose your own f*cks

Dalam bahasa sopannya, tumpukan perkara yang lebih penting. 

Misalnya antara beras di rumah hampir habis dengan kisah selebriti makan makian kerana curang , mana yang lebih penting? 



2. Selesa dengan diri sendiri

Saya suka menulis, tapi selalu tersekat sebab risau persepsi orang pada saya. 

Saya bimbang kalau tersilap kata sebab zaman sekarang ini, terlajak dron boleh diundur namun terlajak kata kena screenshot, tular dan dikecam tanpa ampun. Sesetengah warganet ini boleh tahan juga jadi pembuli. 

Tetapi selagi tak buat salah dan buat perkara betul serta duduk di pihak yang benar, buat apa yang nak runsing? 

Kalau buat silap, akuinya dan minta maaf. 

Tentang persepsi orang, itu hak mereka dan lepaskan sajalah perkara yang kita tak boleh nak kawal. 

Kadang kala sesetengah perkara yang dianggap realiti bukanlah 'real' pun sebaliknya cuma wujud di dalam fikiran. 

Hakikatnya 99% orang atas muka bumi ini tiada masa untuk fikirkan sangat tentang apa kita buat (terutama kalau tak penting) sebab mereka pun sibuk fikir tentang diri sendiri dan hidup mereka. 

Kita bukan pusat alam semesta dan bumi tidak mengorbit keliling kita. 

Setelah berfikir demikian, akhirnya saya rasa bebas untuk menulis and express my thoughts. 

Untuk baca lagi tulisan-tulisan saya, boleh gali archives di bawah ini atau tekan butang home. 

Terima kasih kerana sudi baca! 

Saya pernah buat 'social media detox' selama beberapa bulan malah makan tahun. Sekiranya dunia diserang zombie, mungkin saya orang terakhir yang tahu. 

Sepanjang hiatus, saya rasa lebih tenang dan tumpukan 100% perkara-perkara yang lebih bermakna dalam hidup. 

Tapi kini tidaklah saya menolak sepenuhnya media sosial sebab ia sangat membantu sekiranya bijak guna. Cuma saya sudah hadkan masa, kawal dan tapis apa yang lalu di dalamnya. 

Entahlah... 

Apabila angka usia semakin meningkat naik, mungkin masa tu kita semakin selektif dan nak hidup chill-chill je. 

Sudah malas nak mendidih marah pada semua benda dan accept the life just what it is. 


Comments

Popular Posts