3 Hikayat Zaman Dulu

Aku suka dengar cerita mak cik, nenek dan ibu aku terutama masa balik kampung.

Tadi aku dengar cerita pasal moyang-moyang aku, boleh tahan gedebe orang zaman dulu ni.

𝑆𝑒𝑘𝑖𝑡𝑎𝑟 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 1900-𝑎𝑛

Cerita 1

Zaman dulu, orang seberang sungai naik perahu. Manakala moyang aku pula pilih untuk berenang sebab beliau memang terer 🏊‍♂️. 

"Takpolah, aku biaso dah sungai ni. Aku nok berenang."katanya seperti yang diriwayatkan oleh orang tuaku.

Maka beliau pun pergi berenang dan akhirnya tak timbul-timbul. Tiga hari tiga malam orang kampung tunggu tepi sungai besar tu. 

Akhirnya disahkan mati lemas. Umurnya muda lagi waktu tu.

Cerita 2

Ibu aku cerita, moyang Mak Aji Minah dulu memang jadi kegilaan ramai sebab beliau comel orangnya.

Hj Ismail, suaminya seorang yang bengis dan penangkap buaya. Bila dengar je ada lelaki mari rumah nak tengok bininya, terus beliau terjun dari bumbung rumah utk hambat orang tu. 

Cerita 3

Zaman dulu, ada amalan khurafat di mana orang kampung letak makanan berupa ayam golek dan pulut kuning di sawah padi untuk 'menjamu' sesuatu.

Selepas orang-orang kampung tu pergi, pak cik aku & the geng yang menyorok di belakang pokok mula meratah ayam golek yang ditinggalkan.

Masa kecik-kecik dan zaman teruna dulu, pak cik aku memang nakal. Ibu cerita, arwah Tuk Wan dulu pernah baling dia keluar ikut tingkap.

"Allahu! Patah riuk dah la anak aku!" tempik nenek aku.

Sekian, cerita keluarga 69 saya. 

Comments

Popular Posts