Kenapa Aku Malas Nak Buka Twitter

Hari ni aku buka twitter untuk tahu isu semasa. Twitter merupakan tempat paling cepat untuk dapat berita.

Aku suka skrol twitter, misalnya baca benda lawak, artsy, kucing, topik ilmiah, good discussion, about books, kehidupan dan business tips.

Tapi now aku limit menggunanya. Sebab terbesar adalah ketagih dan banyak curi masa. Walaupun aku follow dan suka baca benda-benda berfaedah terutama sekali tips berbisnes, aku rasa tak ada gunanya kalau asyik baca je tapi tak amalkan. So aku cuba kurangkan supaya aku dapat gunakan masa tu untuk focus on my real life dan kick my ass to actual working, take action. Tahun ni, sudah lebih 3 kali aku uninstall apps ni for the sake of productivity. 

Bila buka twitter hari ni, tweet pertama yang lalu di timeline (TL) aku adalah sumpah seranah pada raja dan perkataan 'bodo'. Aku tak tahulah kenapa carutan, makian dan tak ada adab ni dilihat sebagai 'cool' oleh netizen. Level bapak-bapak atau pakcik pun ada yang komen macam tak pakai otak. Umur memang tak melambangkan kematangan pun. 

Aku perhatikan kebanyakan users di situ adalah budak-budak muda yang tengah berdarah panas dan cari tempat untuk melepaskan their angst.

Aku sudah cuba kawal perkara yang lalu di my TL. Aku mute orang-orang yang aku tak berkenan dan follow good influencer yang buat content bagus. Tapi 'good influencer' ni pun manusia biasa juga dan bukan 24 jam boleh jadi baik sepenuhnya. Kadang apa yang mereka like, retweet, replied lalu di TL aku.

Aku perhatikan influencer atau someone yang main twitter 24 jam (mungkin itu memang kerja dia, contohnya buat paid rt) stress juga. Pernah aku nampak sisi fragile mereka dan ada yang mencarut. Gila tak stress dan sakit kepala hadap benda tu sokmo.

Twitter juga tempat orang tunjuk dialah yang terpaling struggle, susah, hustle dan acah-acah matang. Tak kurang yang tayang kebodohan for the clouts. Ada juga yang humble brag atau terang-terang bragging. 

Kalau orang yang tayang their happiness lalu di TL, aku akui perasaan aku bercampur baur antara tumpang gembira dengki dan inspired. Aku faham yang kalau aku happy, aku pun nak bagitahu pada satu dunia. Manakala dengki pula sebab impian aku seakan jadi milik orang lain. Akhirnya perasaan tu ditukarkan jadi inspirasi. Mana yang baik, aku ikut jejak langkahnya. 

Bila kita nampak orang happy, maka kita anggap dia happy. Bila anggap dia lebih kita kurang, itu yang timbul rasa dengki. Senang cerita, jangan anggap kita ni centre of universe. 

Selain itu, di twitter ada yang puak liberal, liberal wannabe, konservatif dan jumud. Isu politik selalu jugalah jadi kicauan panas dan perbalahan oleh macai-macai politik atau marhaenis yang rasa ditindas. 

Twitter ni bertambah toksik bila ada segolongan lagi yang suka tunjuk pandai dan kononnya dialah yang terpaling tahu semua benda. Ada tweetfamous yang langsung tak boleh ditegur, silap-silap dibloknya (dia kondem orang takpe) . Maybe sebab ada puluhan atau ratusan ribu followers yang mengusap egonya. 

Apa yang menjengkelkan aku, kadang isu kecil dan boleh setel jadi parah sebab orang suka memperbesarkannya, terutama isu selebriti. 

Baca news pula quite depressing especially about politik dan isu negara. Ditambah lagi spekulasi netizens yang suka exaggerate sesuatu benda sampai cetuskan panik. Ada yang tergamak buat berita palsu, fitnah dan mengada-adakan cerita yang tak tak terjadi pun . 

Setakat ni itulah apa yang aku tak suka pasal twitter ni. Bukan semuanya buruk-buruk, tapi kalau tak bersederhana dalam menggunakannya bimbang mengundang parah. Jadi, aku cuba cegah lebih awal. 

 

Comments

Popular Posts