Tahun 2020- Tiada Kereta Terbang, Cuma Semangat Yang Terbang

Pada tahun 1991, Tun M perdana menteri keempat masa tu melancarkan 'Wawasan 2020' di mana Malaysia menjadi negara maju pada tahun 2020.

Masa aku baca artikel portal 'Says', baru tahu yang asal usul nama Wawasan 2020 tu adalah sebab Tun M pernah jadi doktor mata dan menurut beliau, markah sempurna dalam pemeriksaan mata adalah 20/20.

Itulah visi yang dilihat untuk membangunkan Malaysia sampai jadi sempurna dari segala segi. Deep gila!

Sekarang aku berada pada tahun 2020. Dua bulan lagi dah nak habis tahun impian Tun M ni. 

Sewaktu awal tahun dulu, ramai buat lawak pasal kereta terbang sebab negara dijangka maju pada tahun 2020. Tapi apakan daya, mentaliti rakyat Malaysia masih jauh lagi ketinggalan untuk realisasi naik kereta terbang.

Tahun ni aku banyak duduk rumah sebab wabak Covid-19. Lockdown atau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Aku rasa penting jugalah catat peristiwa ni dalam sejarah hidup aku. Walaupun tak adalah sampai tahap buat buku. 

Semasa PKP, satu Malaysia berkurung dalam rumah dan kena penjarakan sosial. Untuk introvert macam aku, ada terselit rasa best jugalah sebab no need pergi kenduri, socialize dan just duduk di rumah.

Tapi lama kelamaan stress jugalah. Media sosial aku tak berani bukak sebab malas nak hadap kepalatan ragam netizen dalam tu. Sometimes media sosial ni tak ubah macam zoo tempat tapir bersorak dan meroyan. Ada-ada je isu panas.

Namun isu yang paling terkesan sekali adalah kelaparan. Ada orang yang tak dapat sesuap nasi sebab tak boleh buat kerja harian. Bila bandingkan diri dengan mereka, betapa banyaknya perkara yang aku kena bersyukur. Dan hulurkan bantuan. 

Semasa dan selepas PKP, ramai yang hilang pekerjaan dan online business mula tumbuh bak cendawan. Yang mana jenis boros atau tidak mampu untuk buat simpanan mula resah meniti hari-hari yang tidak pasti.

Satu segi lain, ada industri yang booming iaitu IT. Orang mula minat belajar pasal entrepreneur dan digital marketing termasuklah aku. 

Boleh dikatakan hari-hari aku cuba cari cara how to make money online sebab aku nak work from home, elak jadi hamba abdi dan office politik. 

Pencapaian aku setakat ini adalah aku mula buat blog dan website dari wordpress. It took forever to learn and make it tapi bila boleh buat tu memang puas hati gilalah. 

Di tengah wabak dan krisis ekonomi ni, berlaku pula drama perebutan kuasa dalam kalangan ahli politik. Masing-masing cuba pertahan dan rebut kerusi pemerintah. Rakyat mula meluat dan caci maki ahli politaik yang tak reti buat kerja dan hipokrit ni. 

Covid-19 pula kembali mengganas dan kes semakin meningkat sampai cecah 1K sehari! PKP 2.0 hampir mustahil diadakan sebab mungkin habislah ekonomi Malaysia kalau buat juga. So diperkenalkanlah PKPP, tak boleh rentas daerah di zon merah. 

Di sebalik orang tayang masakan enak-enak dan bergembira layan netflix, aku perhatikan tidak kurang orang yang berkeluh kesah menceceh nasib diri di laman sosial.

Kalau aku sendiri pun, kadang semangat terbang tinggi rendah untuk buat sesuatu. Dalam kegetiran ini, aku harap dan konsisten for growing thw blog. 

Comments

Popular Posts