Saya Sudah Berpindah Ke Blog Lain, Jemput Baca Tulisan Saya Di zafirahzapri.com

 Kepada pembaca, 

Terima kasih kerana sudi singgah dan baca coretan saya dalam blog ini (yang saya pun tutup muka bila baca balik, entah apa saya merapu dulu). Walaupun sekali sekala je post story dan menjadi tempat layan blues, tak dinafikan blog ini adalah rumah pertama kepada pelbagai memori yang pernah terpahat dalam hidup saya. 

Kini saya buat personal blog satu lagi di WordPress (WP) iaitu zafirahzapri.com. Jemput singgah, insya-Allah saya aktif di situ. Blog ini saya tak padam sebab ia mungkin tak ditelan zaman selagi masih bernaung di bawah sayap Google (ya, ini adalah anak syarikat Google) dan inilah titik permulaan saya dalam dunia blogging dan penulisan web. 

Saya berpindah ke WP sebab nak bina karier sebagai content writer, dan perlu tahu selok belok website yang jadi trend sekarang. Manakala Firahzblogspot ini mungkin hanyalah sebagai diari cap ayam untuk saya melepas perasaan bila perlu. Walaupun segan juga saya bila tersedar yang ada beberapa pasang mata baca saya punya merepek. 

Walaubagaimanapun terima kasih sebab sudi baca, saya ingat tak ada orang nak baca/peduli pun content saya. 

Kalau anda masih berminat nak ikuti tulisan/cerita-cerita saya, jemput datang ke https://zafirahzapri.com/ 

Salam sayang,

Zafirah Zapri 


Comments

Popular Posts